Gegar Vaganza 7

“Favorite? Kalau Betul, Saya Tak Akan Terkeluar GV7” – Nomad Bidas Dakwaan Jadi Favoritism Juri

Mya Amri
10/11/2020
08:30 MYT
Bintang Gegar Vaganza (GV7) Nomad menafikan dirinya menjadi favouritism juri.
Menurut Nomad, tiada istilah ‘kegemaran’ wujud kerana setiap teguran dan komen yang diberikan juri hanya sebagai rujukan kepada bintang GV7 untuk memperbaiki persembahan di masa hadapan.
“Saya jadi bintang kegemaran juri? Saya tak rasa benda itu sebab apa? Kalau betul saya ini kegemaran juri saya tidak akan terkeluar.
“Juri ini tugasnya menilai semua peserta. Kalau benda itu salah maka salah, kalau betul, betul. Kalau sedap maka sedaplah dan begitu juga sebaliknya.
“Benda itu terjadi pada saya, jadi kalau orang kata saya ini favorite juri, mereka tak akan keluarkan saya. Itu secara logiknya, jadi saya rasa tidak ada kena mengena dengan pilihan juri,” jelasnya kepada Gempak.
Mengulas mengenai persembahnnya, Nomad mengakui apa yang berlaku di atas pentas adalah kesilapan dirinya sendiri.
BACA: Nomad Tinggalkan Pentas GV7, 18% Perbezaan Markah Dengan Yantzen!
BACA: Corat-Coret GV7: Lupa Lirik, Lari Tempo... Tok Ram Tak Ada Komen Nak Bagi Nomad
“Setiap perkara yang berlaku atas pentas besar, kesalahan itu datangnya daripada diri sendiri. Sebab secara jujurnya saya tiada pengalaman dan GV ini adalah satu pengalaman paling besar untuk saya di mana benda ini bukan persembahan tetapi pertandingan.
“Bukan saya seorang yang rasa tekanan tetapi semua bintang cuma cara setiap individu itu mengatasi tahap tekanan itu yang berbeza.
“Jujur sayakan, persembahan sesi latihan tiga hari sebelum ini adalah lebih baik berbanding malam GV yang hanya saya boleh katakana 20 peratus sahaja.
“Memang saya kecewa dengan persembahan dan juga diri sendiri. Lagi-lagi bila sudah tersingkir. Say sendiri boleh rasa mengenai penyingkiran ini sebaik sahaja turun pentas dan memang saya akui saya paling teruk.
“Tetapi apa pun saya syukur dan lega dapat peluang sertai GV. Saya rasa banyak benda yang saya dapat belajar di sini dan saya akan bawa benda ini keluar. Insya-Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Nomad menjadi perhatian selepas ada netizen mendakwa bintang GV7 ini merupakan kegemaran juri kerana terselamat dari penyingkiran walaupun persembahannya dianggap ‘biasa-biasa’ sebelum ini. BACA: GV7: Nomad Jadi Topik Hangat Netizen! Ini Recap & Komen Juri Minggu Kelima!
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Jaclyn Victor The Best, Liza Hanim 'Gebrek', Syafinaz Sayang Naqiu, Semak Markah Penuh Konsert Finale!

gempak
11/12/2023
02:00 MYT
Recap final Gegar Vaganza 10
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Tomok Stailo Nyanyi Silang Kaki, Hady Mirza Dapat 'Gebrek', Semua Ke Final!

gempak
04/12/2023
00:15 MYT
Recap separuh akhir
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza RECAP: Juri Particular Bab Tempo & Feeling, Tarian 'Plastik' Naqiu, Nafas 'Angsa' Azharina Antara Fokus Minggu-10!

gempak
27/11/2023
05:25 MYT
Recap minggu kesepuluh
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: Kurang Main Dengan Dinamik, Noryn Aziz Tersingkir

gempak
19/11/2023
15:48 MYT
Minggu ke-9 Gegar Vaganza