Faye Kusairi Kini Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Azza Elite Datang Support - “Berbunga Hati Kita”

Mya Amri
Disember 13, 2023 08:55 MYT
Pelakon, Faye Kusairi kini mengusahakan perniagaan Nasi Ayam Roasted Haihan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

Faye menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya akui seronok walaupun baru seminggu memulakan. perniagaan.

“Ayah saya menghabiskan masanya dengan menolong menyiapkan stall nasi ayam dan juga mengemas sementara saya sibuk bersilat kat rumah uruskan hal di rumah dan nasi ayam untuk dijual.

“Secara jujutnya, saya enjoy dengan apa yang kami lakukan ini. Kalau pembeli gembira, kami lagi gembira.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya sangat bersyukur sudah ada pelanggan yang regular walaupun baru seminggu berniaga.

“Jadi semakin motivated lah berniaga nasi ayam ni. Semoga Allah melimpah rahmat kepada semua sudi support perniagaan kecil kami ni.

“Kami buka setiap Isnin hingga Jumaat, 11 pagi - 4.30 petang hingga habis,” tulisnya.

Dalam hantaran yang lain, Faye juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan selebriti iaitu Azza Elite kerana sudi memberikan sokongan kepada perniagaanya.

“Ya Allah berbunga hati kita nampak kak Azza Elite, berjalan kaki dengan anak datang stall kita tau. Terima kasih Kekza sudi datang dan beli dan support,” tulisnya.

#Faye Kusairi #Azza Elite #Meniaga #Nasi Ayam #Nasi Ayam Hainan #Tepi Jalan