Hiburan
Faye Kusairi Tak Kisah Tentang Jantina Anak Kedua
Pelakon Faye Kusairi yang kini hamil empat bulan, akui tidak meletakkan target secara tetap mengenai jantina anak keduanya itu.
Sebaliknya, pelakon berusia 33 tahun menganggap perkara tersebut sebagai kurniaan rezeki dari Allah SWT.
"Meskipun sudah memiliki anak lelaki sebelum ini, namun saya tidak meletakkan target secara tetap mengenai jantina anak kedua ini.
"Sejujurnya, saya tak kisah dapat bayi lelaki atau perempuan kerana saya anggap ia sebagai satu rezeki dari Tuhan," katanya kepada Gempak.
Tambah Faye, meskipun sedang hamil, dia masih meneruskan komitmen sebagai seorang pelakon.
"Saya akui memang kehamilan kali ini lebih mencabar terutamanya ketika trimester pertama, namun jika soal kerja, saya tetap akan kuatkan diri.
"Saya masih akan menjalani sesi penggambaran, walaupun agak penat, tetapi setakat ini keadaan masih terkawal dan baik-baik sahaja," katanya lagi.
Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azmi pada April 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video