Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya mengedarkan kad jemputan untuk majlis persandingan semulanya dengan isteri, Datin Azrene Ahmad.

Menerusi maklumat yang tertera pada kad undangan itu, majlis persandingan semula Fazley dan Azrene akan berlangsung pada 27 November ini (Selasa).

Manakala, lokasi majlis persandingan pasangan itu akan diadakan di Damansara Perdana.

Bertemakan moden tradisional, kad jemputan majlis persandingan semula Fazley dicetak berlatar belakangkan motif songket emas dalam latar biru gelap.

Menggunakan hashtag #fazrene13, Fazley dan Azrene sebenarnya baru meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-13 baru-baru ini.

Bagi yang terlepas, Fazley menerusi entri sebelum ini pernah meluahkan rasa kesal atas majlis persandingannya yang menjadi kacau-bilau suatu ketika dahulu.

Baca: "Majlis Sanding Patut Jadi Hari Terindah, Menjadi Hari Penuh Tangisan & Ketakutan" - Fazley Imbas Kenangan Pedih 13 Tahun Lalu

Fazley dan Azrene telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma, tujuh bulan.