Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob dipuji netizen selepas membuat kejutan kepada seorang penghantar makanan (rider) Grabfood.

Bukan kejutan biasa, tetapi Fazley turut membawa kek yang dibuatnya sebagai hadiah sempena hari jadi pemuda tersebut.

Sebelum ini viral mengenai pemuda tersebut yang menghantar makanan kepada Fazley yang tidak dapat mengambil ‘selfie’ bersama selebriti tersebut, kerana mematuhi prosedur syarikat (SOP).

Disebabkan itu, Fazley menghubungi syarikat Grab Malaysia untuk membantunya bertemu pemuda tersebut.

“Masih ingat tak baru-baru ini, cerita viral ‘Grabfood rider’ ni sorang, nak selfie dengan saya lepas hantar food, tapi dia tak berani sebab dia kena patuh SOP sewaktu berkerja
.
“Apa saya buat, saya contact @grabmy & @grabfoodmy untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team @sukasucrebistro juga siapkan kek sempena hari jadi beliau yang baru berlalu,” katanya menerusi posting di Instagram (IG).

Tambah Fazley, ketika bertemu, pemuda yang dikenali sebagai Ustaz Along terkejut dan terharu dengan kunjungan tersebut dan meminta Fazley memeluknya dengan lebih lama.

Bila dah jumpa tadi, dia sangat ‘nervous’ kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!.

“Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_,” ujarnya.

Dalam pada itu Fazley turut mengucapkan terima kasih kepada semua penghantar makanan yang telah bersusah payah selama ini.

“Kepada semua rider (penghantar makanan), terima kasih banyak diatas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat makanan yang kami pesan. #grabfood #dfyforgrabfood,” tulisnya.

Korang masih ingat tak baru-baru ini, cerita viral Grabfood rider ni sorang, nak selfie dengan saya lepas hantar food, tapi dia tak berani sebab dia kena patuh SOP sewaktu berkerja. Apa saya buat, saya contact @grabmy & @grabfoodmy untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team @sukasucrebistro juga siapkan kek sempena hari jadi beliau yang baru berlalu. Bila dah jumpa tadi, dia sangat2 nervous kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!). Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_ Kepada semua rider, terima kasih banyak diatas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat makanan yang kami pesan. #grabfood #dfyforgrabfood

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on