Berita

"Fazley, One Take Aja Ok! Enjoy The Song, It's For You" - Fazley Yaakob Terngiang Kata-Kata Glenn Fredly

gempak
ZULHILMI JALIL
09/04/2020
08:45 MYT
Sponsor Banner
"Fazley, One Take Aja Ok! Enjoy The Song, It's For You" - Fazley Yaakob Terngiang Kata-Kata Glenn Fredly
Penyanyi Datuk Fazley Yaakob mengimbau kenangan bersama mendiang penyanyi Gleen Fredly yang disifatkan sebagai antara individu yang berjasa dalam perkembangan karier seninya.
Menurut Fazley, pemergian Gleen cukup dirasai apatah lagi, Glenn pernah menulis lagu untuknya selain menjadi penerbit bagi naskhah tersebut yang diterbitkan pada 2005.
"Terkejut dan sebak. Seorang rakan dan kenalan baik telah pergi selamanya. Glenn seorang legenda muzik Indonesia, menjadi produser dan penulis lagu saya Biarkanlah satu ketika dahulu.
"Inilah lagu yang telah saya rakam di bawah bimbingan beliau selaku penulis lagu dan penerbit. Masih terngiang-ngiang kata-kata beliau 'Fazley, one take aja ok! Enjoy the song! It's for you!'," kongsi Fazley menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Terkejut dan sebak, seorang rakan dan kenalan baik telah pergi selamanya. Glenn seorang lagenda muzik #Indonesia, menjadi producer dan penulis lagu saya #Biarkanlah satu ketika dahulu. Kali terakhir kami berbual di #Bali ketika saya dan isteri @azrene_ahmad menghasilkan #WeddingCake seorang sahabat juga. @glennfredly309 bertanya khabar dan sempat menyatakan “I will try your cake after my performance ok!” Inilah lagu yang telah saya rakam di bawah bimbingan beliau selaku penulis lagu dan producer. Masih tengiang2 kata2 beliau “Fazley, one take aja ok! Enjoy the song! Its for you!!” ? . Malahan ketika saya bertanding untuk Hiburan Minggu ini terbitan @rtm_malaysia yang turut di sertai oleh @dayangsayangkamu , saya menyanyikan lagu Glenn dan mendapat hadiah persembahan terbaik pada ketika itu. Sempat Glenn berseloroh, “Kamu aja lah yang jadi artis terus!” . BIARKANLAH Lagu/Lirik: Glenn Fredly Penyanyi: Fazley Yaakob (Album- FAZLEY, Lain 2005) Saat kata tak terucap Hanya batin yang berseru Memanggil namamu Dan hanya namamu Saat kau tinggalkan aku Tanpa ada kata kata Dan jejak langkahku Terasa berhenti Dimana dirimu Aku rindu dirimu (oh) Biarkanlah ku bertahan Dengan seluruh cintaku Biarkanlah ku berada dengan hasratku Saat kau tinggalkan aku Tanpa ada kata kata Dan jejak langkahku Terasa berhenti Dimana dirimu Aku rindu dirimu Dan hanya namamu Terukir di dalam batinku #tenangkaudisanasahabat #glenfredly
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Menurut Fazley, lagu itu merupakan salah sebuah karya yang terdapat dalam album berjudul Fazley, Lain pada tahun 2005.
Dalam entri tersebut, Fazley turut berkongsi rakaman gambar dirinya ketika kali terakhir berjumpa mendiang di Bali, Indonesia sewaktu menghadiri satu majlis perkahwinan.
"Kali terakhir kami berbual di Bali ketika saya dan isteri menghasilkan kek perkahwinan seorang sahabat juga.
"Gleen bertanya khabar dan sempat menyatakan 'I will try your cake after my performance ok!' (Saya akan cuba kek anda selepas persembahan saya)," cerita Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini.
Kongsinya lagi, antara kenangan yang tidak boleh dilupakan termasuklah ketika menyertai pertandingan Hiburan Minggu Ini.
"Saya menyanyikan lagu Glenn dan mendapat hadiah persembahan terbaik pada ketika itu. Sempat Glenn berseloroh 'Kamu ajalah yang jadi artis terus!'," ceritanya.
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Januari itu dilaporkan meninggal dunia petang semalam.
BACA: Glenn Fredly Meninggal Dunia
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan Fazley Yaakob di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live