Penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob menjelaskan dia punyai alasan tersendiri tidak dapat hadir menyaksikan konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.

BERITA TRENDING: Isteri Fazley Yaakob Dedah Tak Pernah Dapat Jemputan Konsert, Cabar Individu Bersemuka! -…

Jelas Fazley, dia kini perlu berehat selepas menjalani pembedahan lutut beberapa hari lalu.

"Well done Nan (panggilan untuk Imran Ajmain)! Sorry tak dapat hadir.

"Lepas operation lutut lima hari kena rehat atas katil. Doa kami bersama kamu dan pasukan," tulisnya pada ruang komen di hantaran Instagram Imran.

Komen itu mendapat respon daripada Imran yang berlapang dada dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Fazley.

"Thank you abang for your doa and support. Appreciate your love always. Get well soon," tulis Imran.



Terdahulu, Imran telah sukses mengadakan konsert Malam Seribu Tahun di Menara Ken TTDI.

Konsert Malam Seribu Tahun yang juga konsert solo pertama Imran selepas 15 tahun dalam industri berlangsung dengan meriah selama dua malam iaitu pada 2 dan 3 Februari 2024.

Pada konsert yang berjaya menghimpunkan kira-kira 1,200 penonton untuk dua malam itu, Imran mendendangkan lebih 20 lagu untaian hits miliknya termasukkah Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Ghaibmu, Intan dan Perak, Hanya Menari, Padam dan Pergi dan banyak lagi.

Sebelum ini, tercetus spekulasi mendakwa Imran tidak menjemput keluarga Fazley ke konsertnya berdasarkan muatnaik hantaran di Instagram Stories isteri Fazley, Datin Azrene Soraya.

Namun, hal itu dinafikan Imran, menyatakan telah menghantarkan jemputan kepada Fazley sekeluarga secara peribadi.