Hiburan

Fazley Yaakob Dedah Isteri Ambil Masa 6 Tahun Untuk Siapkan Hadiah Hari Jadi Ibu

gempak
Kamaruddin Razal
13/04/2020
08:13 MYT
Sponsor Banner
Fazley Yaakob Dedah Isteri Ambil Masa 6 Tahun Untuk Siapkan Hadiah Hari Jadi Ibu
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan isterinya, Datin Azrene Ahmad mengambil masa enam tahun untuk menyiapkan hadiah hari jadi ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latib.
Fazley berkongsi perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Happy Birthday Ibu. Hari ini 13 April 2020 ini ibu genap 67 tahun, Permaisuri di hati saya, @azrene_ahmad dan anak-anak semua.
"Juga buat adik beradik kami semua, @imranajmain @farah.yaakob @rafyaakob @nadyaakob.
"Isteri saya telah mengambil masa hampir 6 tahun untuk akhirnya siapkan hadiah harijadi ibu kali ini.
"Sebuah table runner yang direka dan dijahit sendiri oleh @azrene_ahmad, semenjak dia mengandung bayi kembar (namun gugur jua) hingga sekarang, syukur siap juga hadiah buat ibu tersayang," tulis Fazley.
Hari ini 13 April 2020 ini ibu genap 67 tahun, Permaisuri di hati saya, @azrene_ahmad dan anak2 semua. Juga buat adik beradik kami semua, @imranajmain @farah.yaakob @rafyaakob @nadyaakob . Isteri saya telah mengambil masa hampir 6 tahun untuk akhirnya siapkan hadiah harijadi ibu kali ini. Sebuah table runner yang direka dan dijahit sendiri oleh @azrene_ahmad , semenjak dia mengandung bayi kembar (namun gugur jua) hingga sekarang, syukur siap juga hadiah buat ibu tersayang. Tq adik, sebab bersungguh2 siapkan sesuatu yang menjadi kesukaan ibu sejak dulu lagi. Arwah bapak selalu cakap “Ibu dan azrene tu sama sangat hobby dan kehalusan kerja tangan diorang!” . Buat ibu tersayang, Paji nak ucapkan Selamat Hari Jadi! Terlalu hebat pengorbanan ibu buat kami semua, sentiasa membelai kami dengan kasih sayang, sentiasa tersenyum memandang kami walaupun hati ibu hanya Allah yang lebih tahu di kala kami semua di duga dengan begitu berat. Ibu, terima kasih kerana menjadi pelindung buat kami, keramat hidup kami, syurga dunia kami, dan kebahagiaan kami semua dunia akhirat. Kini Paji pula yang diberi peluang menjaga ibu sehabis baik dan sehabis daya seperti janji paji pada bapak. Sayang ibu sangat sangat sangat! !
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Memanggil isterinya dengan panggilan manja 'adik', Fazley berterima kasih kepada Azrene kerana bersungguh-sungguh menyiapkan hadiah untuk ibunya.
"Thank you adik, sebab bersungguh-sungguh siapkan sesuatu yang menjadi kesukaan ibu sejak dulu lagi.
"Arwah bapak selalu cakap “Ibu dan Azrene tu sama sangat hobby dan kehalusan kerja tangan diorang!”
"Buat ibu tersayang, Paji nak ucapkan Selamat Hari Jadi! Terlalu hebat pengorbanan ibu buat kami semua, sentiasa membelai kami dengan kasih sayang, sentiasa tersenyum memandang kami walaupun hati ibu hanya Allah yang lebih tahu di kala kami semua di duga dengan begitu berat.
"Ibu, terima kasih kerana menjadi pelindung buat kami, keramat hidup kami, syurga dunia kami, dan kebahagiaan kami semua dunia akhirat.
"Kini Paji pula yang diberi peluang menjaga ibu sehabis baik dan sehabis daya seperti janji Paji pada bapak. Sayang ibu sangat sangat sangat!" tulis Fazley lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat turut mengambil peluang melayangkan ucapan selamat hari lahir kepada ibu Fazley.
Mereka turut memuji hubungan keluarga besar yang kelihatan sangat mesra.
Kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live