HIBURAN
Fazura Artis Paling Cantik Bagi Madammu - “Lawa, Dengan Tingginya, Ada Karisma, Dia Memang Pakej”
Usahawan terkenal, Madammu berpendapat bahawa pelakon, Fazura merupakan antara selebriti yang memiliki kecantikan dan keanggunan tersendiri.
Fazura paling cantik di mata Madammu
Madammu berkongsi pandangannya itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok.
Menurut Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri, kecantikan merupakan sesuatu yang subjektif dan berbeza mengikut pandangan setiap individu.
Bagaimanapun bagi dirinya, kecantikan seseorang tidak hanya terletak pada paras rupa sebaliknya gaya berpakaian dan cara seseorang bertutur.
“Lawa ini pada saya sangat subjektif sebab setiap orang pandangan cantik ni berbeza-beza.
“Kalau ikut citarasa saya, saya cantik ini tidak lihat pada muka tetapi saya tengok pada cara berpakaian dan bercakap.
undefined