Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”

Firdaus
07/10/2024 06:55 MYT
Pelakon Nur Fazura mendakwa dia dan anaknya, Fatima tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suami, Fattah Amin sepanjang tujuh tahun bahtera perkahwinan mereka.

Menurut Fazura, 41, mengakui berasa terkilan dengan sikap Fattah yang seolah-olah tidak berasa kasihan dengan puteri mereka.

“Kalau orang tanya tak kasihan ke dekat Fatima. Sejujurnya memang saya sedih, sepanjang empat tahun Fatima tidak pernah merasa duit raya daripada bapa dia.

“Saya sendiri sepanjang tujuh tahun berkahwin dengan Fattah tidak pernah merasa duit raya daripada dia,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sejurus Fattah melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi Isnin.

Mengulas lanjut, Fazura berkata dia tidak mempunyai sebarang niat untuk memisahkan hubungan Fattah dan anak mereka.

“Seboleh-bolehnya tidak mahu memisahkan Fatima dengan bapanya. Tetapi nak buat macam mana kalau Fatima membesar melihat ibu bapa mereka tidak gembira.

“Saya perlu besarkan Fatima dalam keadaan mental yang baik dan suasana gembira,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dakwa Fattah Amin Tiada Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Saya Harap Dia Datang Pujuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Jawab Dakwaan Berlaku Curang - “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Baik Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dedah Fattah Berlaku Curang, Terkilan Pengorbanan Dipersiakan - “Bertahun-Tahun Saya Hidup Sengsara”

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu


Dalam pada itu, Fazura turut menimbulkan persoalan kepada Fattah tentang perasaanya jika melihat pasangan Fatima berlaku curang suatu hari nanti.

“Saya nak tanya Fattah, macam mana perasaan dia kalau suatu hari nanti pasangan Fatima buat seperti mana dia buat kepada saya. Adakah dia bersetuju dan teruskan perkahwinan?” soalnya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

#Fazura #cerai #Duit Raya #Fattah #Nur Fatima
;