Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Fazura & Fattah Sambut Hari Lahir Fatima Yang Pertama Dalam Majlis Yang Super Cute! - “We Love You With All Our Heart..”

Azwa Rahman 05/10/2021 | 14:29 MYT
Anak kepada pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama dalam suasana majlis hari jadi yang kecil dan meriah.
Menerusi laman sosial Instagram, Fazura berkongsi momen sambutan hari lahir anak perempuannya itu untuk tatapan umum.
It’s been a busy two weeks. Syukur alhamdulillah for Fatima’s small first birthday so that we hope she’ll remember.
We love you with all our hearts and more sayang. Semoga menjadi anak yang solehah sayang mommy and daddy. Insyallah, amin,” tulis Fazura di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, majlis yang bertemakan taman warna-warni itu dimeriahkan dengan patung haiwan, belon dan bunga-bungaan.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sementara itu, ruangan komen foto sambutan hari jadi tersebut dihujani dengan titipan ucapan dan doa yang baik-baik buat Fatima.
Happy birthday Fatima sayang. Be a good daughter to mommy and daddy okay,” ucap seorang wargamaya.
Cantik betul Fatima ni. Mewarisi ibu ayahnya. Semoga menjadi anak solehah, gemilang, cemerlang, terbilang di dunia dan akhirat,” tulis seorang wargamaya.
Gambar kedua tu senyuman Fatima tak ternilai. Buat hati aunty cairlah. Fatima, anak solehah,” komen seorang wargamaya.
Alhamdulillah so beautiful and charming Fatima ni. Semoga Fatima membesar jadi anak yang baik, cantik, jelita, humble, solehah, bijaksana dan berjaya. Amin. Happy first birthday sayang,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 25,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, Fazura dan Fattah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017.
#Fattah Amin #Nur Fazura #Nur Fatima Aisya
;