Hiburan
Fazura Hamil Empat Bulan, Fattah Amin Bakal Jadi Bapa… Tahniah!
Aktres Nur Fazura mengumumkan dia kini sedang hamil empat bulan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
"Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.
"Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.
"Kandungan saya kini dalam bulan keempat, Alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini.
"Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.
“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. Insya-Allah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua," tulis Fazura sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikutnya di ruangan komen.
Rata-rata mereka tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas berita gembira itu.
Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.
Pasangan ini turut meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka November tahun lalu.