Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…”

Khairil Khusyairi
25/09/2024 06:00 MYT
Aktres Nur Fazura Sharifuddin menzahirkan rasa penghargaan buat semua pihak dalam memberi sokongan buatnya sepanjang kemelut rumah tangganya bersama suami, Fattah Amin.

Menurut Fazura, dia juga telah mengambil pertimbangan mengenai kehidupannya dan anak, Fatima Aisya, 4, sebelum membuat keputusan untuk bercerai.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada saya sejak lebih seminggu yang lalu.

“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah saya buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan saya,” tulis Fazura di Instagram (IG).

Tambah pelakon filem Pisau Cukur itu lagi, dia juga nekad dengan keputusannya demi menjaga maruahnya sebagai seorang wanita.

“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk,” tutupnya.

Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
#Fattah Amin #Fazura #cerai #Nekad
;