HIBURAN

Fazura Tegur Fatima Makan Berbunyi Dapat Pujian Netizen - “Bagus Didikan, Dalam Islam Memang Tak Boleh…”

Asyikin Mayudin 07/04/2025 | 12:55 MYT
Tular sebuah video memperlihatkan pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura memberi teguran secara lembut kepada anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya yang sedang menikmati sup.

Beri teguran

Menerusi video tersebut, Fazura menegur tindakan Fatima yang berusia lima tahun menghirup sup dalam keadaan kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Komen Isu Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari - “Ia tidak Menentukan Status Atau Kestabilan Kewangan Sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal Suka Kerja Dengan Fazura, Ingatkan Garang Tapi Lucu - “Macam Kak Long Yang Suka Beri Nasihat”

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Artis Paling Cantik Bagi Madammu - “Lawa, Dengan Tingginya, Ada Karisma, Dia Memang Pakej”

Penyanyi lagu Raya Pum Pang ini meminta anak perempuan kesayangannya itu untuk menikmati sup seperti wanita etiket atau elegan.

“Jangan hirup macam itu, tak boleh kuat-kuat. Perlahan-lahan… macam perempuan etiket (elegan). Makan perlahan-lahan,” tegur Fazura.

Menerima teguran lembut daripada ibunya, Fatima yang juga anak kepada pelakon Fattah Amin itu menghirup sup dengan perlahan-lahan.

Netizen puji

Rata-rata netizen memuji tindakan aktres berusia 41 tahun itu memberi teguran secara lembut kepada anaknya.

“Saya suka ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka cara makan dengan beradab seperti ini. Well done Fazura!

“Bagus Faz ajar table etiquette macam ni. Dan suka tengok setiap kali keluar mesti diorang bawa sekali food plate and bib Fatima… kadang-kadang ada makanan juga.

“Bagus didikan Fazura… dalam Islam memang tak boleh makan bunyi. Tahniah Fazura. Anda hebat,” komen beberapa netizen.

undefined
#Fattah Amin #Fazura #Nur Fazura #Teguran #Nur Fatima Aisya #Fatima #Makan berbunyi