"Featuring Babybump Bump Bump" - Alahai Comelnya Scha Alyahya Kongsi Gambar
Badrul Hashim
18/11/2020 11:09 MYT
18/11/2020 11:09 MYT
Pada bulan Ogos lalu, Awal ashari, suami kepada pelakon dan pengacara jelita Scha Alyahya mengumumkan isterinya itu mengandung anak mereka yang kedua.
Bukan sesuatu yang mudah untuk mereka berdua kerana pada bulan Januari, Scha terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis).
"Ini baby PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Saya tak malu untuk mengatakan ini rezeki saya semasa PKP," kata Scha dalam satu rancangan temu bual sebelum ini.
Baca: Hamil Anak Kedua, Scha Alyahya; "Saya Tak Malu Nak Kata Ini Baby PKP"
Namun begitu, setelah hamil lima bulan, masih ramai yang tidak dapat melihat kandungan Scha seperti orang lainnya sehinggakan ramai yang berteka teki bahawa Scha dan Awal bakal menyambut cahaya mata lelaki.
Baca: “Perut Mana?” - Hamil Lima Bulan, Netizen Teka Scha Alyahya Dapat Anak Lelaki
Mungkin tidak mahu menghampakan peminat-peminat yang begitu gembira dengan kehamilannya, terbaru Scha berkongsi sekeping gambar di Instagram miliknya yang menunjukkan dia sedang hamil.
"Featuring babybump bump bump," tulis Scha yang kelihatan semakin berseri memakai blaus berwarna putih.
Ramai peminat yang meninggalkan komen menyatakan dia kelihatan jelita dan cantik.
Scha Alyahya berkahwin dengan Awal Ashaari pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.