Hiburan
“The Feeling That We Will Never Forget” – Sebak Rasanya, Netizen Tersentuh Lihat Video Bersalin Azrinaz Mazhar Hakim
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi momen manis ketika melahirkan puteri kesayangannya Areesya Malaykha.
Video pendek yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya itu merakamkan momen terindah saat Azrinaz menyambut kehadiran Areesya dan mengusap anak sulungnya itu.
“Saat saya kembali menjadi seorang ibu lagi. Proses kelahiran secara normal untuk kali yang ketiga. Alhamdulillah. Perasaan yang tidak pernah akan saya lupakan.
“Sudah tentu rasa sakit itu tidak tertanggung dan sudah pasti akan menjadi tidak mudah tanpa sentuhan dan kepakaran berpengalaman daripada doktor @suesalleh1970,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian momen manis itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa tersentuh menonton video yang dikongsi Azrinaz.
“Oh my God… Saya menangis... Insya-Allah my due date 11 December... Nervous! #1stbaby,” tulis @cik_fiqa
“Allahu… Rasa tersentuh jiwa bila tengok video ni,” komen @nanieshahairani
Terdahulu, Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 15 September lalu.
Must-Watch Video