UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

Feeya Iskandar Umum Tidak Lagi Bersama Sinar FM

Syafiqah Jalal 22/01/2018 | 09:51 MYT
Penyampai radio, Feeya Iskandar mengumumkan tidak lagi bersama Santai Sinar di Sinar FM.
Feeya Iskandar mengesahkan perkara tersebut menerusi akaun Facebook (FB) peribadinya.
Feeya yang lebih dikenali sebagai Cik Piah memberitahu dia bakal berhijrah ke stesen radio lain selepas ini.
Cik Piah turut mengucapkan terima kasih atas segala kenangan selama berada di Sinar FM serta memohon maaf jika ada salah dan silapnya.
Bagaimanapun, Cik Piah meminta agar terus menyokongnya walapun dia tidak lagi bersama Sinar FM.
Foto: Facebook Feeya Iskandar
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyampai radio #Sinar Fm #Feeya Iskandar
;