Fendy Bakry Sah Bernikah Dengan Ayu - “Keluarga Kami Mahu Teruskan Yang Wajib Dahulu...”
Fiza Kamarudin
31/08/2020 05:23 MYT
31/08/2020 05:23 MYT
Pelakon Fendy Bakry kini bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu.
Pernikahan Fendy yang berlangsung pada malam tadi (Ahad) mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai kekasih atau kisah cintanya.
Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri bernikah selepas waktu Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira kira 30 orang keluarga terdekat masing masing.
Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan berbalas tujuh.
Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Pasangan ini juga sempat melangsungkan pertunangan secara ringkas Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana pandemik Covid 19.
Fendy juga berkata, bukan tidak mahu mengundang ramai jemputan termasuk pihak media, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP).
“Keluarga masing masing pun sepakat teruskan yang wajib dulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. Jadi kita dahulukan yang mana perlu dan penting.
“Ikutkan rancangnya nak nikah Januari depan. Tapi kita percepatkan benda baik. Nak tangguh lagi pun buat apa sebenarnya kerana kita tak tahu ke depan nanti bagaimana pula jadinya.
“InsyaAllah selepas ini, majlis resepsi juga akan dibuat cuma belum ada tarikh tepat. Mungkin juga tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pun diteruskan sampai hujung tahun ini,” katanya.
Fendy mengenali Ayu kira-kira tiga tahun lalu di Festival Teater Kebangsaan di Kedah.
Peribadi Ayu yang mengambil berat dan mendahulukan keluarga memikat hati Fendy.
“Salah satu perkara yang mencuri perhatian saya terhadap isteri adalah sifat keperibadiannya.
“Dia tak kisah bersusah payah untuk saya selain keluarga. Ketika saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, dia antara yang tak berkira mahu membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,” katanya.