,
Laman Utama

Fenomena Cuaca Panas, KPM Benarkan Tutup Sekolah Dengan Syarat

Gempak
30/04/2023
04:45 MYT
Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan sekolah ditutup berikutan fenomena cuaca panas melampau jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.
Garis panduan tersebut dikeluarkan KPM kepada pentadbir susulan situasi semasa cuaca panas di beberapa lokasi seluruh negara ketika ini.
Surat siaran garis panduan dan pekeliling berkaitan situasi itu dikeluarkan kelmarin yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Norisah Suhaili.
Menerusi surat siaran itu, ins­titusi pendidikan di bawah KPM termasuk sekolah dibenarkan ditutup jika kawasan mereka diisytiharkan heatwave (gelombang haba) oleh Jabatan Meteo­rologi Malaysia (MetMalaysia).
“Selain itu, semua aktiviti luar perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.
“Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama ini ialah seperti merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan luar ba­ngunan serta pertanian,” katanya.
Katanya, pentadbir perlu sentiasa memantau status suhu ha­rian bagi cuaca panas setiap hari di daerah masing-masing yang dikeluarkan MetMalaysia.
“Penutupan institusi pendidikan hendaklah dimaklumkan pentadbir kepada Pendaftar dengan serta-merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium sesuai.
“Ibu bapa juga dibenarkan membawa anak ke hospital atau balik ke rumah jika anak mereka didapati tidak sihat ketika berada di sekolah,” jelasnya.
Ujarnya, pentadbir juga perlu memastikan bilik mempunyai pengudaraan baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan murid bagi mengelakkan sebarang risiko berkaitan strok haba berlaku serta penyakit yang lain. -KOSMO! ONLINE
Kredit Foto: Jurnal Malaysia, Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar