Skip to main content

Rancangan TV

Fenomena Kebangkitan Luar Biasa BBNU, The House Kembali Dengan Musim Kelima

the-house-header.jpg
Bintang muda jelita, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie membintangi program realiti digital The House untuk musim yang kelima.

Mengekalkan konsep 'sisterhood' sebagai intipati utama penceritaan, musim terbaru 'The House' ini merupakan terbitan menerusi 'Gempak Original Series'.

Menampilkan Fattah Amin dan Alvin Chong pada musim sebelum ini, The House akan menampilkan kisah pengembaraan yang berbeza namun masih mengekalkan format realiti yang sama.

"Kami menyambut baik perkembangan lanskap seni yang menyaksikan fenomena kebangkitan luar biasa daripada kalangan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan 'Budak Baru Nak Up' atau 'BBNU' yang semakin menguasai industri hiburan masa kini.

"Meskipun masih dianggap 'hijau', namun kehadiran dan bakat mereka dengan pantas meraih populariti bukan calang-calang dan dilihat setara dengan penghibur yang lebih berpengalaman.

"Melihat kepada trend terkini yang didominasikan oleh angkatan 'BBNU' tersebut, kami berpendapat ini momen yang terbaik untuk mengetengahkan mereka menerusi penerbitan terbaharu program realiti The House," kata Nazihah Dalhar selaku Ketua Kandungan Gempak.

Selain tiga bintang popular sebagai tonggak utama, The House turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti jemputan sebagai penampilan khas yang terdiri daripada Ariff Bahran, AG Coco, Sufian Suhaimi, Shikin Gomez dan Ghaz Abu Bakar.

The House turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea yang turut mengharumkan penerbitan musim terbaharu selaku penaja utama.



Diarahkan oleh Syazana Suleiman dan dibantu oleh David Rafael Buri, The House musim kelima ditayangkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai 19 Mac 2019.

The House turut disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.

Advertisement

Must-Watch Video