KELUANG MAN
Fenomena Kini Bermula! Keluang Man Di Mana-Mana - “Nas Memang Sesuai Jadi Borhan, Menyala!”
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man kini diangkat ke layar perak.
Keluang Man jadi bualan ramai
Keluang Man versi ‘live action’ yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf ini sudah menjadi bualan ramai di media sosial.Lebih-lebih lagi selepas treler final Keluang Man ditayangkan beberapa hari lalu membuatkan ramai yang merasakan tidak sabar untuk menonton filem tersebut.
Buka sahaja media sosial, sudah pasti ada sahaja hantaran yang dilakukan oleh netizen berkaitan Keluang Man.
Rata-rata netizen memberikan sokongan terhadap Keluang Man selain meluahkan rasa kagum selepas menonton treler final berkenaan.
Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions yang memperkenalkan semula IP animasi adiwira legenda ini kepada generasi baharu bakal melahirkan universe adiwira tempatan terbesar.@astroshawofficial ❗️KELUANG MAN FINAL TRAILER | DI PAWAGAM 29 MEI 2025❗️ Superhero OG Malaysia dah kembali untuk bawakan Final Trailer Filem Keluang Man! JOM sama-sama KITA ENJOi!!!🔥🦇 KITA ENJOi!!! Keluang Man di pawagam 29 Mei ini. #KeluangMan #KeluangManFilm #AstroShaw #WONDACoffee #KeluangManWondaCoffee♬ original sound - Astro Shaw
Keluang Man menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Filem ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 29 Mei ini.
Must-Watch Video