HIBURAN

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) Tampil Dengan Kategori Baharu, Angkat Tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’

Ainun Md Zooki 08/07/2025 | 12:25 MYT
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) kembali pada tahun ini dengan menaruhkan kategori Aksi & Lagak Negri Terbaik.

Menurut Timbalan Komunikasi, YB Teo Nie Ching, anugerah itu diwujudkan untuk mengiktirafkan keberanian dan profesionalisme para karyawan.

“Bagi mengiktiraf keberanian, kesungguhan dan profesionalisme para karyawan dalam menjayakan adegan aksi yang mencabar secara selamat dan berkualiti.

“Lonjakan ketara penerbitan filem aksi tempatan bukan sahaja berkualiti dari segi teknikal, malahan mempunyai nilai tontonan yang tinggi,” katanya kepada Gempak.


YB Teo Nie Ching berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sidang Media Pertama FFM34 yang berlangsung di Finas, Hulu Kelang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pemenang bagi kategori tersebut juga akan membawa pulang trofi khas serta wang tunai bernilai RM5,000.

Ini adalah senarai kategori yang dipertandingkan:

1. Filem Terbaik
2.⁠ ⁠Pengarah Terbaik
3.⁠ ⁠Pelakon Lelaki Terbaik
4.⁠ ⁠Pelakon Wanita Terbaik
5.⁠ ⁠Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
6.⁠ ⁠Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
7.⁠ ⁠Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
8.⁠ ⁠Pengarah Harapan
9.⁠ ⁠Pelakon Lelaki Harapan
10.⁠ ⁠Pelakon Wanita Harapan
11.⁠ ⁠Cerita Asal Terbaik
12.⁠ ⁠Lakon Layar Terbaik
13.⁠ ⁠Sinematografi Terbaik
14.⁠ ⁠Penyunting Terbaik
15.⁠ ⁠Penataan Bunyi Terbaik
16.⁠ ⁠Penataan Seni Terbaik
17.⁠ ⁠Kesan Khas Visual Terbaik
18.⁠ ⁠Skor Muzik Terbaik
19.⁠ ⁠Lagu Tema Terbaik
20.⁠ ⁠Tatarias/ Solekan Terbaik
21.⁠ ⁠Rekaan Kostum/ Busana Terbaik
22.⁠ ⁠Poster Terbaik
23.⁠ ⁠Filem Pendek Terbaik
24.⁠ ⁠Dokumentari Terbaik
25.⁠ ⁠Anugerah Khas Karyawan
26.⁠ ⁠Anugerah Khas Sepanjang Zaman
27.⁠ ⁠Anugerah Khas Juri 1
28.⁠ ⁠Anugerah Khas Juri 2
29.⁠ ⁠Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik (kategori baharu)
30.⁠ ⁠Anugerah Khas Filem Box Office



Dalam pada itu, Pengarah Festival Filem Malaysia ke-34, Yang Mulia Raja Mohammad Adhzim Raja Ahmad berkata penyertaan bagi 30 kategori yang dipertandingkan kali ini telah dibuka bermula 8 Julai 2025 sehingga 18 Julai 2025.

“Kami jemput mana-mana karya yang diterbitkan bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun tahun ini untuk menghantar penyertaan,” katanya.

Mengangkat tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’, FFM34 meraikan kepelbagaian gaya penceritaan dan keberanian dalam mengeksplorasi sempadan baharu seni visual.

Tema ini mencerminkan penghargaan terhadap kreativiti tanpa batas dan dinamisme sinema sebagai cerminan denyut nadi masyarakat moden, selari dengan perkembangan teknologi dan realiti sosial masa kini.

FFM34 akan dianjurkan pada 8 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur.

#Festival Filem Malaysia #FINAS #Anugerah #Baharu #FFM34