Hiburan

Fesyen Pelik Jaden Smith Di Grammy, Pakai ‘Istana’ Harga RM20 Ribu Atas Kepala

gempak
Maliah Surip
04/02/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Fesyen Pelik Jaden Smith Di Grammy, Pakai ‘Istana’ Harga RM20 Ribu Atas Kepala
Majlis anugerah Grammy 2025 yang baru berlangsung bukan hanya tentang meraikan kemenangan para karyawan muzik tetapi menjadi medan buat ramai selebriti hadir dengan pelbagai agenda.
Salah satu yang selalu menarik perhatian adalah gaya atau fesyen yang ditampilkan oleh para selebriti.
Dan untuk penganjuran Grammy edisi 2025, Jaden Smith menjadi salah seorang selebriti yang telah menarik perhatian menerusi penampilan fesyen peliknya.
Anak kepada Will Smith tersebut telah hadir dengan memakai perhiasan yang merupakan sebuah karya seni seperti istana pada kepalanya.
Dihasilkan oleh pereka Dora Abodi, ‘istana’ berwarna hitam tersebut disifatkan sebagai mempersembahkan lambang keturunan dari Transylvania.
Meski pelik, hiasan kepala tersebut bernilai RM20, 680. Ia dipadankan dengan sut dari jenama Louis Vuitton dan kasut New Balance, lapor complex.com.
Jaden, 26, hadir bersama kakaknya, Willow Smith ke Grammy buat pertama kalinya selepas insiden ‘tampar’ bapa mereka pada tahun 2022.
Adik-beradik tersebut diberi tugasan menyampaikan anugerah tribute buat Quincy Jones yang membuat persembahan bersama Cynthia Erivo, Herbie Hancock, Lainey Wilson dan Stevie Wonder.Majlis anugerah Grammy 2025 yang baru berlangsung bukan hanya tentang meraikan kemenangan para karyawan muzik tetapi menjadi medan buat ramai selebriti hadir dengan pelbagai agenda.
Salah satu yang selalu menarik perhatian adalah gaya atau fesyen yang ditampilkan oleh para selebriti.
Dan untuk penganjuran Grammy edisi 2025, Jaden Smith menjadi salah seorang selebriti yang telah menarik perhatian menerusi penampilan fesyen peliknya.
Anak kepada Will Smith tersebut telah hadir dengan memakai perhiasan yang merupakan sebuah karya seni seperti istana pada kepalanya.
Dihasilkan oleh pereka Dora Abodi, ‘istana’ berwarna hitam tersebut disifatkan sebagai mempersembahkan lambang keturunan dari Transylvania.
Meski pelik, hiasan kepala tersebut bernilai RM20, 680. Ia dipadankan dengan sut dari jenama Louis Vuitton dan kasut New Balance, lapor complex.com.
Jaden, 26, hadir bersama kakaknya, Willow Smith ke Grammy buat pertama kalinya selepas insiden ‘tampar’ bapa mereka pada tahun 2022.
Adik-beradik tersebut diberi tugasan menyampaikan anugerah tribute buat Quincy Jones yang membuat persembahan bersama Cynthia Erivo, Herbie Hancock, Lainey Wilson dan Stevie Wonder.
BERITA TRENDING: Gaun Telanjang Tipis Dominasi Fesyen Karpet Merah Grammy 2025
BERITA TRENDING: Kanye West Datang Ke Grammy 2025 Bersama Isteri Tak Pakai Baju
BERITA TRENDING: Siti Jamumall Terpalit Isu Seleweng Wang Dana Lepas Beri RM33K kepada Isteri Along Cham - “Saya Yakin Kalau Afreena Menipu Dia…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024