Fesyen Unik, ‘Spill The Tea’ Rossa & Kemunculan Kucing Viral Antara Momen Best Konsert Ada Apa Dengan Melly?
Konsert penyanyi Indonesia terkenal Melly Goeslow iaitu Ada Apa Dengan Melly? yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada malam Jumaat membawa nostalgia zaman persekolahan.
Bertemakan baju sekolah, lebih 3,000 peminat dapat ‘sing along’ dengan 27 buah lagu popular Melly dalam konsert yang berlangsung lebih tiga jam itu.
Pertama kali mengadakan konsert di Malaysia, Melly mengakui dia tidak gemar mengikut tema atau ‘dress code’ namun pihak penganjur Icon Entertainment iaitu Iman Tang berjaya memujuknya.
“Ini juga merupakan kali pertama saya tampil membuat konsert di Malaysia dan ternyata kalian cukup beruntung sekali. Ikutkan saya benci dress code tapi kerana Iman Tang buat. Menarik juga sebab lagu-lagu saya tumbuh ketika masa kalian sekolah,” ujarnya.
Jom semak momen best sepanjang konsert Ada Apa Dengan Melly?
Raja Permaisuri Agong & Tengku Permaisuri Selangor Hadir
Konsert itu turut dihadiri VVIP iaitu Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYMM), Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Malah, penampilan Tengku Permaisuri Norashikin mengikut tema baju sekolah turut menarik perhatian penonton yang hadir selain memuji baginda kelihatan cantik.
Fesyen Unik Melly Goeslow
Selain naskhah kreatif yang disuntik dengan bait lirik puitis, Melly turut menarik perhatian penonton menerusi persalinan ‘eksentrik’ yang digayakan sepanjang hari pertama konsert.
Sebanyak empat rekaan busana bersilih ganti ditukar pada setiap segmen, Melly tampil dengan pakaian unik berbentuk simetri beserta 'birthday hat' bersaiz besar.
Melly kemudiannya mengenakan pakaian ‘sedikit normal' dengan gaun kembang berwarna hitam sedondon dengan topinya dan untuk segmen seterusnya figura itu tampil pula dengan imej headgear 'trojan’ yang dipadankan dengan persalinan perincian rona kelabu.
Rakan Artis Indonesia & Malaysia
Kehadiran rakan artis Indonesia seperti Datuk Rossa, Mayangsari, Raffi Ahmad bersama isterinya Nagita Salvina, Lis Dahlia , Yuni Shara dan juga selebriti muda Tissa Biani memberi sokongan kepada Melly.
Selain itu, ramai selebriti popular tanah air turut turun padang menyaksikan konsert hebat ini seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Amy Search, Misha Omar, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Puteri Aishah dan Nuha Bahrin.
Kemunculan Kucing Viral ‘Yoyo’
Melly turut menampilkan kucing bernama Yoyo yang tular di laman sosial di atas pentas. Menurut Melly, dia sendiri mempunyai 41 ekor kucing di rumah.
Melly ‘Spill The Tea’ Mengenai Rossa
Ruang Plenary Hall dipenuhi dengan gelak tawa penonton apabila Melly secara berseloroh ‘spill the tea’ mengenai rakan baiknya iaitu Datuk Rossa.
“Rossa ini sememangnya rapat dengan mantannya (bekas kekasih)… sampai sekarang masih single sebab rapat dengan mantan. Semua lagu Rossa memang tentang dirinya sendiri,” kata Melly secara berseloroh.
Gabungan Ayat Raffi Ahmad, Siti Nurhaliza & Raja Permaisuri Agong
Menarik lagi apabila Melly menggabungkan ayat yang diberikan oleh rakan selebritinya Raffi Ahmad, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Raja Permaisuri Agong menjadi lirik lagu.
“Biarpun terpisah benua, cinta saya tetap setia, Persahabatan bisakah menjadi cinta? Persahabatan bisakah menjadi ikatan yang nyata?”
Tribute Untuk Allahyarham Tan Sri P. Ramle
Melly turut mengabadikan segmen tribute khas buat Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti serta Bunyi Gitar.
Mengimbau kenangan filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC), Ratu Soundtrack (OST) ini menhangatkan pentas dengan lagu-lagu nostalgia seperti Tentang Seseorang, Jika, Gantung, Ratusan Purnama serta OST filem AADC, Ada Apa Dengan Cinta.
Melly turut menyanyikan lagu-lagu yang diciptakannya untuk penyanyi lain antara lagu-lagu hits ciptaannya seperti Menghitung Hari nyanyian Kris Dayanti, Tegar (Rossa) dan Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari).
Menghampiri ke penghujung konsert, Melly tampil dengan lagu-lagu rancak seperti Ku Bahagia, Bagaikan Langit serta Tak Tahan Lagi yang mengajak penonton untuk sama-sama menari dan menutup tirai dengan lagu Hanya Memuji.