Fiersa Besari Rai 14 Tahun Berkarya Dengan Konsert 'Berjalan Mundur' Di KL! - "Saya Yakin Semua Yang Hadir Akan ..."
Amri Hassan
07/07/2023 12:39 MYT
07/07/2023 12:39 MYT
Berawal daripada episod patah hati yang dicurahkan lewat pelbagai medium seni, tanpa diduga membawa penulis, pemuzik dan pempengaruh media sosial kelahiran Bandung, Indonesia, Fiersa Besari menembusi pasaran komersial.
Tidak hanya menuangkan segala isi hatinya dalam bentuk tulisan dan buku, Fiersa, 39, juga mencurahkan keresahan dan kegalauan itu melalui muzik yang diabadikan daripada pengalaman serta perjalanan hidupnya.
Kejayaan yang diraih Fiersa yang akrab disapa Bung ini dalam dunia muzik dan penulisan sering menuai pujian, bahkan turut menjadi inspirasi, terutama kepada anak muda.
Tidak hanya mengangkat muzik yang beraroma cinta, karya tulisannya juga menyentuh sisi kemanusiaan dan sosial, lantas meletakkan sentuhan Fiersa pada tempat yang sangat istimewa di hati para penggemarnya.

Konsert Berjalan Mundur By Fiersa Besari Live In KL
Keampuhan karya Fiersa tidak hanya berlegar di negara kelahiran, sebaliknya turut mengharum di negara tetangga. Buktinya, aksi sulung Fiersa dalam sebuah acara muzik di Kuala Lumpur, tahun lalu membuatkan peminat sentiasa merindui kemunculan terbarunya.
Susulan kejayaan persembahan pertamanya itu, Fiersa kini bersedia untuk kembali dengan konsert solo terbaharu yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Ogos depan.
Dibawakan Seraya Group, Fiersa menyifatkan, kemunculan terbarunya dalam rangka konsert Berjalan Mundur By Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur sebagai titik tolak untuk melunaskan kerinduan peminat terhadap karya-karyanya.
"Kembali ke Kuala Lumpur dan dapat berdiri di hadapan peminat adalah penghargaan terbesar buat saya. Sokongan tidak berbelah bahagi dan keterujaan peminat di Malaysia memberikan inspirasi untuk saya mempamerkan persembahan yang tidak mungkin dilupakan.
"Keterujan peminat membuatkan saya yakin konsert ini bakal menjanjikan pengalaman luar biasa dan bermakna buat semua yang hadir nanti," katanya.

18 lagu popular
Ditemani gitar akustik dan lontaran vokal yang sarat emosi serta jiwa, Fiersa bakal membuai penonton dengan pilihan 18 lagu popular menerusi keunikan gabungan muzik pop indie, folk dan alternatif yang membentuk identiti nyanyiannya.
Pastinya himpunan lagu yang pernah mendaki carta popular seperti April, Waktu Yang Salah dan Celengan Rindu dibaluti keikhlasan nyanyian Fiersa bakal menenggelamkan peminat dalam keindahan karya yang melonjakkan namanya sebagai pemuzik.
"Setiap lagu akan saya bawakan dengan sepenuh hati kerana saya mahu konsert itu nanti membekas pengalaman bermakna buat peminat.
"Janji saya akan ada kejutan dan kelainan pada susunan muzik dalam beberapa lagu kegemaran ramai, namun jati diri Fiersa sebagai penyanyi dan pemuzik tidak sesekali dipinggirkan," katanya.

Persembahan sulung luar KL
Sementara itu, Ketua Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya Putri berkata, Berjalan Mundur By Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur juga menjadi titik permulaan bermakna buat penyanyi itu dalam meraikan 14 tahun beliau berkarya.
"Kali terakhir Fiersa beraksi dalam konsert solo adalah pada tahun 2020 di Jakarta. Bagi memaknakan lagi kemunculan album terbarunya, Berjalan Mundur yang dilancarkan pada November lalu, kami turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi persinggahan konsert.
"Kemunculan pertama Fiersa di sini, tahun lalu menerima respons yang cukup luar biasa daripada peminat. Fiersa begitu terharu, tambahan pula ia persembahan pertamanya di luar Indonesia.
"Justeru, kami memutuskan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara destinasi siri konsert ini bagi mengubati kerinduan peminat terhadap lagu-lagu nyanyian Fiersa," katanya.
Tambah Intan, konsert itu juga buat julung kali menyaksikan Fiersa membawakan 18 lagu daripada lima album yang pernah dihasilkannya di atas sebuah pentas.
"Penampilan Fiersa nanti akan diperkemaskan dengan mainan audio visual, sekali gus memberikan kepuasan buat penonton yang sudah lama ternanti-nanti kemunculan terbarunya di pentas yang gah," katanya.
Tiket untuk menyaksikan persembahan Fiersa dijual pada harga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah - VVIP Box untuk 8 orang) boleh diperoleh menerusi pautan: ticket2u.com.my bermula 2 Julai.
Layari Instagram Seraya Live (@serayalive) dan saluran media sosial rasmi Fiersa Besari untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur.