Pelakon Nadiyah Shahab akui menerima kecaman kerana watak antagonis yang dibawakan olehnya.

Terkenal dengan karakter Fika dalam drama bersiri Korban Kasih yang sedang hangat ditayangkan, Nadiyah mengakui dia tidak terkesan dengan cacian yang diterima.

"Perasaan kena kecam hari-hari? Tak rasa terkesan sangat macam dulu. Ketika awal kemunculan dalam bidang lakonan, saya rasa sangat terganggu. Ada yang sampai nak santaulah, nak hantar baranglah, nak pukul kalau jumpa saya di luar.

"Sekarang rasanya macam dah biasa kot sebab saya banyak kali membawa watak antagonis dalam beberapa siri drama. Saya rasa dah biasa dan tak rasa terganggu.

"Biasalah, jika memegang watak jahat, mesti akan dibenci penonton. Ia hanyalah karakter sahaja, bukan perangai sebenar saya. Kalau saya fikirkan sangat, mesti rasa 'down' kan? Jadi saya memang dah sediakan mental saya untuk menerima kecaman netizen," kata Nadiyah ketika dihubungi Gempak.







Isteri kepada pelakon Ben Ali ini juga mendedahkan dia pernah menerima kecaman yang lebih teruk ketika membawakan watak Tengku Natasha dalam drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu.

Naskhah Lafazkan Kalimah Cintamu yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2018 itu dibintangi oleh Datuk Farid Kamil dan Nelydia Senrose.

"Menerusi watak Fika, ada orang tulis nak tumbuk, sepak, terajang, tapi saya tahu ia hanya setakat komen 'online' sahaja. Bebeza dengan watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini dalam drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu, saya akui netizen bersikap agak 'ganas'.

"Macam-macam cacian yang saya terima sehingga saya rasa sedikit takut. Namun begitu, kali ini saya rasa situasi terbabit boleh 'handle' lagi," ujarnya.

“I nak kahwin ngan dia.... Bukan ngan mak dia ? I’m no longer annoyed at her, just amused ? See you at 7pm @tv1_rtm guys! Berapa minute je lagi ? #korbankasih . @macheallstarunitedsdnbhd

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on