Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

"Fikir Dulu Sebelum Tulis!” - Dr. Say Ulas Isu Doktor Mencarut

Amri Hassan 12/11/2020 | 07:45 MYT
Pengacara My Doctor, Dr. Say Shazril terkilan dengan tindakan seorang doktor yang meluahkan perasaannya dengan kata-kata kesat terhadap pesakit di media sosial peribadinya.
BACA: Doktor Merungut, Mencarut Dapat Pesakit Kanser Jam 3 Pagi, Netizen Mohon KKM Ambil Tindakan
Jelas Dr. Say, emosi sedemikian sepatutnya disimpan sendiri dan tidak perlu dilepaskan di media sosial yang sekali gus akan merisikokan kerjaya dan diri sendiri.
"Terduduk saya terbaca satu perkongsian yang mana seorang doktor meluahkan perasaannya dengan agak “kesat” menerima referral (pesakit) di tengah-tengah malam.
"Saya tahu mungkin dia penat bekerja lebih-lebih lagi di kala COVID ni akan tetapi mana adab hang bro? Orang selalu cakap mereka yang berilmu ni beradab but you just proved them wrong.
"Orang pandang tinggi kerjaya kita being a doctor and thanks to your “emotional statement” you just equate yourself to a setitis nila.
"Saya tahu hang tertekan tapi ia sepatutnya disimpan untuk diri sendiri. Tapi hang nak lepaskan jugak kat twitter.
"Followers hang beribu. Sekarang satu Malaysia tahu nama penuh hang, tempat bertugas hang, orientasi hang.
"Kalau itu yang hang mahukan, tahniah semua sedang memberikan tumpuan kepada hang," kata Dr. Say.
Tambah Dr. Say lagi, tindakannya memuat naik entri berkenaan bukan untuk mengecam tindakan petugas perubatan itu sebaliknya mempertimbangkan baik buruk sebelum bertindak.
"Saya bukan nak kecam, tapi hang tak pikiaq dulu ka sebelum hang post status tu? Dengaq kata hang MO contract, alahai kenapalah jeopardisekan masa depan macam tu?
"Panggil pesakit “mahkluk” & panggil other doctors “poo-key anjing” tersangatlah inappropriate.
"Atas sebab ni lah saya selalu habis minimum 30 minit mengarang cerpen sebab zaman sekarang tersalah cakap atau tulis could ruin your whole life.
"I wish u all the best in life bro. Moga hang berjaya walk out of this “alive” cause if not, such a waste to all those years belajar medic, jadi HO bro. Lepas ini fikir dulu sebelum bercakap atau menulis walaupun hang jenis 'rants served hot & scalding'," tambahnya.

Topik : Title Doktor Tak Semestinya Anda Invisible Terduduk sy terbaca satu perkongsian yg mana seorang doktor meluahkan perasaannya dengan agak “kesat” menerima referral di tengah2 malam. Sy tahu mungkin dia penat bekerja lebih2 lagi di kala COVID ni akan tetapi mana adab hang bro? Orang selalu cakap mereka yg berilmu ni beradab but u just proved them wrong. Orang pandang tinggi kerjaya kita being a doctor & thanks to your “emotional statement” u just equate yourself to a setitis nila. Sy tahu its stressful, but theres a thing called “KEEP IT TO YOURSELF”. Tapi hang nak lepaskan jugak kat twitter. Followers hang beribu. Now satu Msia tau nama penuh hang, tempat bertugas hang, orientasi hang. If thats what u want, congratulations all eyes are on. Sy bukan nak kecam, tapi hang tak pikiaq dulu ka before hang post status tu? Dengaq kata hang MO contract, alahai kenapalah jeopardisekan masa depan macam tu? Panggil pesakit “mahkluk” & panggil other doctors “poo-key anjing” tersangatlah inappropriate. Atas sebab ni lah sy selalu habis minimum 30minit mengarang cerpen sebab zaman sekarang tersalah cakap atau tulis could ruin your whole life. I wish u all the best in life bro. Moga hang berjaya walk out of this “alive” cause if not, such a waste to all those years belajar medic, jadi HO bro. Next time PIKIAQ DULU SEBELUM CAKAP/ TULIS WALAUPUN HANG JENIS “RANTS SERVED HOT & SCALDING”.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Tular baru-baru ini seorang pegawai perubatan yang meluahkan rasa geramnya menerima pesakit kanser pada waktu malam.
Tindakannya itu dianggap tidak tepat dan mendapat kritikan hebat di media sosial terutamanya Twitter.
Bagaimanapun, akaun milik doktor terbabit telah dinyahaktifkan.
#Viral #Viral #Dr. Say Shazril #Doktor Mencarut
;