Hiburan

Fikry Ibrahim Mahu Tamat Zaman Bujang Sebelum Usia 30 Tahun

gempak
Kamaruddin Razal
22/01/2020
02:22 MYT
Sponsor Banner
Fikry Ibrahim Mahu Tamat Zaman Bujang Sebelum Usia 30 Tahun
Pelawak, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 26, meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga sebelum usia 30 tahun.
Pemilik nama penuh Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim ini mahu memberikan fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu.
"Siapa yang tak nak kahwin? Tapi saya sendiri meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun.
"Buat masa ini, saya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya ketika usia masih muda.
"Selain terlibat dalam bidang seni, saya juga kini terbabit dengan bisnes aplikasi penghantaran makanan, Go Eat yang baru sahaja dilancarkan," kata Fikry.
BACA: Beri Fokus Pada Aplikasi Penghantaran Makanan, Fikry Ibrahim Takkan Tinggalkan Lakonan
Bakal muncul dengan beberapa projek menarik sepanjang tahun 2020, Fikry juga tidak sabar mahu menantikan reaksi peminat.
"Insya-Allah, kerjaya saya sebagai anak seni akan berlangsung seperti biasa pada tahun 2020 biarpun kini saya terlibat dengan bidang perniagaan.
"Tahun ini, saya akan muncul dengan sebuah filem yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. Saya belum boleh kongsi lagi butiran mengenai projek terbabit, tetapi ia sangat merupakan satu peluang yang sangat menarik.
"Saya sendiri tak sabar menantikan maklum balas peminat terhadap filem pertama saya nanti," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live