HIBURAN

Fila Amir Bidas Netizen Persoal Wajah Anak - “Soalan Pun, Macam Kita Tuhan Pula”

Mya Amri 02/07/2025 | 12:55 MYT
Personaliti media sosial, Fila Amir tampil membalas pertanyaan seorang individu yang mempersoalkan tentang rupa paras anaknya.

Wajah anak dipertikai tak sama dengan suami

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fila mendedahkan satu komen daripada seorang individu yang mendakwa wajah anaknya tidak menyerupai suaminya iaitu Adama.

Tidak cepat melatah, Fila kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan menegaskan bahawa rupa paras yang dimiliki cahaya matanya itu adalah ciptaan yang Maha Esa.

#Anak #Netizen #Wajah Anak #Persoal #Fila Amir #Adama