Hiburan

Fila Kongsi Gelagat Comel Suami Tak Percaya Ada ‘Dua Line’ Dekat Prengnancy Test - “Dia Sanggup Ke Farmasi Balik, Tu Pun Tak Puas Hati…”

gempak
Mya Amri
23/10/2024
09:02 MYT
Sponsor Banner
Fila Kongsi Gelagat Comel Suami Tak Percaya Ada ‘Dua Line’ Dekat Prengnancy Test - “Dia Sanggup Ke Farmasi Balik, Tu Pun Tak Puas Hati…”
Pempengaruh, Fila Amir mengucapkan rasa syukur apabila hasratnya bersama suami, Muhammad Adama Camara untuk menimang cahaya akhirnya dimakbulkan.

Suami tak percaya, beli kit kehamilan berkali-kali

Fila berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Lebih istimewa lagi, video yang dimuat naik Fila itu merakamkan reaksi suaminya ketika pertama kali dia memberitahu tentang kehamilannya.
Menurut Fila, pada awalnya mereka sudah melihat degupan jantung bayi namun suaminya itu seakan sukar untuk mempercayainya kerana tidak mahu terlalu menaruh harapan.
Disebabkan itu, Adama telah pergi ke sebuah farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan buat isterinya.

“Masa ni sudah tengok degupan jantung banyak dah tapi masa tengok tu reaksinya sangatlah normal ya macam tiada reaksi. “Bila balik, dia nak pergi juga beli kit ujian kehamilan, jadi Fila pun okay pergilah beli. Balik balik dah guna, naik lah dua garis tu tapi tak ada kertas arahan apa pun. Jadi kami tak faham apa maksud dua garis tu.

“Fila pun google, oh positif. Tapi tak terkejut lah sebab dah check degupan jantung dah pun tapi dia nak pastikan juga, sampai sanggup ke farmasi balik,” kongsinya.

Seronok dan syukur

Tidak habis di situ, kata Fila lagi untuk memastikan keputusan itu betul, Adama sekali lagi pergi ke farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan yang lain.
“Dia sanggup pergi farmasi tu balik, tu pun dia tak puas hati dengan ujian kehamilan tu. Dia beli lagi satu yang putih biru orang selalu guna tu.

“Ahli farmasi tu pun cakap dekat dia ni dah positif, dah confirm tu. Tapi dia nak beli juga lagi satu. Esok paginya selepas solat subuh, dia suruh guna yang ujian kehamilan baru beli tu lagi sekali. “Dia seronok la tu, jangan lupa cakap masya-Allah, doa yang baik-baik,” coretnya.

Terdahulu, Fila sebelum ini sudah beberapa kali melakukan rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam tempoh lima tahun.
Fila atau nama sebenarnya, Nurafilah Amir Rusdi telah mendirikan rumah tangga dengan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024