Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!
Amri Hassan
05/09/2024 16:46 MYT
05/09/2024 16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Kata penerbit Lomo Pictures Sdn Bhd, tontonan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan kaum yang unik di Malaysia.
"Filem ‘Adoii Jiwaku’ tidak hanya menyampaikan mesej perpaduan, namun ia seolah membuka mata orang ramai bahawa kepelbagaian yang wujud di antara kaum yang berbeza dapat dipelajari dan difahami dengan baik," ujarnya.
Tambah Aron, pihaknya sangat berbesar hati untuk menayangkan semula filem ini secara percuma menerusi laman web rasmi mereka pada 13 September ini.
Selain menayangkan filem yang pernah dipilih sebagai Audience Choice Award di Malaysia International Film Festival (Miffest) pada tahun lalu, ia juga sebagai tanggungjawab sosial yang diambil mereka sebagai langkah bagi menyebarkan mesej positif yang ada dalam filem ini.
"Dengan tayangan filem ini diharapkan dapat membangkitkan perasaan saling menghormati sesama kita sekaligus menggalakkan lebih ramai pengkarya menghasilkan lebih banyak filem ber genre ini pada masa kan datang," tambahnya.
Tidak dapat menyesuaikan diri dengan realiti yang mengejutkan kerana terpaksa tinggal dalam tubuh orang lain sepanjang hayat mereka, ketiga-tiga mereka memulakan perjalanan untuk beralih kembali ke badan mereka sendiri.
Bila semakin terbiasa dengan tubuh Ayis, Sia mempelajari lebih lanjut tentang budaya Melayu dan Islam setiap hari. Dia belajar untuk melihat melalui perspektif mereka, dan akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan. Sebaliknya, Ayis (dalam badan Sia) berpindah ke kediaman keluarga Sia.
Dia tidak lama kemudian mendapati bahawa hubungan antara setiap ahli keluarga adalah lemah. Ini kerana masing- masing menghadapi masalah untuk meluahkan perasaan sebenar antara satu sama lain. Namun begitu, Ayis berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui muzik.
Pada suatu hari, Sia didatangi oleh rakan-rakan Ayis dalam geng lumba kereta (pada Ketika ini, Sia adalah Ayis) untuk merompak tempat kerja Sia demi mendapatkan wang tunai segera. Sia menolak keras permintaan mereka, tetapi kumpulan itu tetap meneruskan rancangan mereka.
Memecah masuk kedai, geng itu memukul Sia, Ayis dan Malesh, yang kebetulan berada di dalam kedai. Mereka melarikan barangan curi itu, secara tidak langsung menjadikan Sia, Ayis dan Malesh sebagai suspek utama.
Walaupun mereka dibebaskan dari balai polis kerana kekurangan bukti, keadaan berubah menjadi lebih buruk apabila ketua geng kereta itu menculik Ayis (dalam badan Sia) dan menahannya untuk wang tebusan. Ketika mereka mencurahkan segala usaha mereka untuk menyelamatkan Ayis, Malesh akhirnya menemui sebab mengapa Sia dan Ayis tidak dapat beralih semula ke badan masing-masing.
Kata penerbit Lomo Pictures Sdn Bhd, tontonan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan kaum yang unik di Malaysia.
"Filem ‘Adoii Jiwaku’ tidak hanya menyampaikan mesej perpaduan, namun ia seolah membuka mata orang ramai bahawa kepelbagaian yang wujud di antara kaum yang berbeza dapat dipelajari dan difahami dengan baik," ujarnya.
Tambah Aron, pihaknya sangat berbesar hati untuk menayangkan semula filem ini secara percuma menerusi laman web rasmi mereka pada 13 September ini.
Selain menayangkan filem yang pernah dipilih sebagai Audience Choice Award di Malaysia International Film Festival (Miffest) pada tahun lalu, ia juga sebagai tanggungjawab sosial yang diambil mereka sebagai langkah bagi menyebarkan mesej positif yang ada dalam filem ini.
"Dengan tayangan filem ini diharapkan dapat membangkitkan perasaan saling menghormati sesama kita sekaligus menggalakkan lebih ramai pengkarya menghasilkan lebih banyak filem ber genre ini pada masa kan datang," tambahnya.
Sinopsis Adoii Jiwaku
Sia, Ayis dan Malesh merupakan tiga orang rakan sekerja yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. Disebabkan personaliti dan perspektif kerja yang berbeza, mereka sering bertelagah dan bertengkar sesama sendiri. Semasa usikan di pejabat, terjadi kejutan elektrik yang disebabkan oleh Sia, Ayis dan Malesh bertukar badan antara satu sama lain.Tidak dapat menyesuaikan diri dengan realiti yang mengejutkan kerana terpaksa tinggal dalam tubuh orang lain sepanjang hayat mereka, ketiga-tiga mereka memulakan perjalanan untuk beralih kembali ke badan mereka sendiri.