Advertorial

Filem Animasi Paling Hebat 2019? Ini 7 Sebab Mengapa Ejen Ali The Movie Wajib Ditonton!

gempak
Hanafis Haris
21/11/2019
12:26 MYT
Sponsor Banner
Filem Animasi Paling Hebat 2019? Ini 7 Sebab Mengapa Ejen Ali The Movie Wajib Ditonton!
Tahun ini selayaknya menjadi tahun bagi filem animasi Malaysia! Satu persatu karya berkualiti dikeluarkan.
Tidak lama lagi, filem animasi paling ditunggu-tunggu Ejen Ali The Movie pula bakal 'mendarat' di pawagam.
Dengan membawa penonton ke dunia perisikan, Ejen Ali The Movie pastinya menjanjikan aksi pertarungan hebat.
Persoalannya, adakah filem ini mencapai tahap dibanggakan dan wajib ditonton?
Ini 7 perkara menarik tentang filem animasi terbaru ini.
#1 Jalan Cerita Mudah, Tak Complicated!
Secara ringkasnya Ejen Ali The Movie mengisarkan seorang budak berusia 12 tahun bernama Ali yang direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA).
Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa dikenali sebagai IRIS.
Ejen Ali The Movie membuktikan biarpun ia mengangkat ‘dunia’ ejen perisikan yang dianggap kompleks, namun ia menjanjikan jalan cerita yang mudah difahami. Straight foward!
Disebabkan itu, filem ini sesuai untuk ditonton oleh kesemua peringkat umur termasuklah golongan dewasa.
Malah, pada sesiapa yang tidak pernah menonton siri animasi Ejen Ali juga tidak perlu bimbang kerana jalan cerita serta watak dalam filem ini tidak akan membuatkan anda terpinga-pinga.
Namun, jika anda memang peminat Ejen Ali, itu bonus!
#2 Penghasilan Grafik Animasi Setaraf Antarabangsa
Benarlah kata orang, dari mata turun ke hati. Begitu jugalah selepas menonton filem ini.
Daripada penghasilan tekstur muka, helaian rambut, pakaian watak hinggalah pergerakan animasi dalam filem ini, semua dihasilkan begitu terperinci.
Setiap wajah karakter yang ditampilkan dalam filem ini kelihatan begitu realistik dan nampak 'hidup'.
Ejen Ali The Movie pastinya menjanjikan animasi berkualiti!
#3 Aksi Padat, Confirm Penonton Tak Senang Duduk
Anda tidak akan pulang dengan rasa kecewa sebaliknya mungkin tersenyum kerana filem ini amat padat dengan aksi pertarungan.
Boleh dikatakan dari permulaan hinggalah tamat, filem ini telah memaksimakan sebanyak yang mungkin adegan pertarungan tanpa membuatkan penonton jemu.
Senjata dan gajet yang digunakan mereka juga berlainan mengikut kepakaran dan kebolehan watak tersebut.
Fighting skil juga berbeza-beza mengikut setiap watak.
Silap-silap bukan kanak-kanak je suka watak dalam filem ini, dewasa pun layan!
#4 Penuh Komedi, Lawak Malaysia
Tak lengkap rasanya kalau tak ada komedi dalam filem animasi.
Percaya atau tidak, inilah masanya untuk anda hilangkan tekanan untuk bergelak ketawa ketika menonton Ejen Ali The Movie.
Jika sebelum ini kita 'dihidangkan' dengan lawak serta 'punchline', dari Ejen Bakar namun kali ini dia tidak keseorangan.
Apa yang lagi best, lawak-lawak yang ditampilkan dalam filem ini sangat dekat dengan kita sebagai rakyat Malaysia.
Bagaimana kedai Mamak dipaparkan dalam filem ini saja sudah cukup berjiwa Malaysia.
Belum lagi loghat-loghat kenegerian menerusi watak tertentu, cukup menghiburkan!
#5 Plot Twist Di Dalam Plot Twist, Kejutan Demi Kejutan
Yes, filem ini banyak menggunakan elemen plot twist.
Senang cerita, apa yang difikirkan oleh penonton pasti meleset! Memang plot twist habis.
Selain itu, terdapat beberapa babak yang boleh kami sifatkan sebagai kejutan atau ‘surprise’ buat penonton.
Oh tidak dilupakan terdapat juga cameo atau penampilan istimewa seorang selebriti terkenal pun ada dalam filem ini.
Apa kejutan dan siapa cameo dimaksudkan anda kenalah tonton.
#6 Papar Elemen Kekeluargaan & Pengajaran
Satu lagi perkara menarik tentang filem ini adalah sifat moraliti dan elemen kekeluargaan yang sangat tinggi.
Kasih sayang antara ibu bapa dan anak, sesama rakan serta keluarga yang bukan darah daging juga dipaparkan dengan cukup baik.
Banyak nasihat diselitkan dalam filem ini dan sebab itu jugalah filem ini bukan hanya untuk kanak-kanak semata-mata.
Silap langkah, berlinang air mata anda nanti jadi pastikan bawa tisu siap-siap.
#7 Skor Muzik Gempak Habis!
Ini boleh kami sifatkan sebagai bonus buat penonton.
Muzik latar dalam filem ini memang disusun dengan baik supaya ia bersatu dengan setiap aksi dan babak.
Malah lagu tema filem ini juga dihasilkan dengan penuh teliti supaya lirik lagu berkenaan membawa maksud mendalam untuk Ejen Ali The Movie.
Jadi Adakah Wajib Ditonton?
Sudah tentu! Filem ini boleh dianggap hampir sempurna dan berjaya meneruskan legasi kualiti filem animasi pada tahun ini.
Silap-silap boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.
Paling penting, filem ini sesuai ditonton dari pelbagai peringkat umur dan bukan sekadar kanak-kanak!
Buat mereka yang mengikuti siri Ejen Ali pula memang silap besarlah tak tonton!
Oleh itu jangan ketinggalan menonton karya hebat ini dan silalah ke pawagam berdekatan bermula 28 November ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live