Pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) memohon maaf kepada pelanggannya berikutan aduan filem 'The Batman' terpaksa ditayang semula dari awal gara-gara kelewatan tetamu kenamaan (VIP) selepas 45 minit ditonton.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial, TGV berkata, insiden tersebut juga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tayangan kerana semua sesi filem akan berjalan mengikut masa berdasarkan jadual.
“Kami ingin memohon maaf kepada semua tetamu yang terkesan dengan kelewatan sesi untuk The Batman di TGV Vivacity,” katanya dalam kenyataan itu.
Terdahulu, seorang pengguna Facebook Fazillah Raduan yang berkongsi pengalaman menontot filem berkenaan berkata, filem itu telah bermula pada pukul 7.12 malam dan ditayangkan selama 45 minit sebelum dihentikan seketika.
Dia berkata, seorang kakitangan kemudian masuk dan membuat pengumuman: “Kami akan memulakan semual filem itu dari awal ia ditayangkan semula dari awal, maaf atas kesulitan yang timbul," katanya.
Ketika ditanya kakitangan itu apa alasan tayangan filem itu diulang semula, jawapan yang diberikan ialah disebaban beberapa pelanggan baru sahaja tiba.
Sehubungan itu, TGV turut menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas. Pengurusan rangkaian pawagam itu berjanji akan menyiasat insiden itu dengan lebih lanjut.
Sumber: Astro Awani
Azwa Rahman
Mon Mar 07 2022


“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan

“Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah Diserang Netizen
Alamak kena serang pula.
![[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’ [VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/3_10.png?ext=.png)
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Ada betul juga kata Kak Lina...

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”
Alhamdulillah...

Peraduan Gempak Most Wanted
Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.

Berjaya Turun Berat Badan 15kg, Danny X-Factor Berniat Tambah Cahaya Mata; “Saya Semakin Berumur, Jadi Ini Masa…”
Insyallah

“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Betul ke Ira Kazar hamil?

TMSMY3: “Zirafah King Of Bottom Three, Mana Nak Dapat”- Norman Hakim
Luculah Zirafah ni.