gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anthrax, AC/DC  Sifatkan Ozzy Osbourne Ciptaan Terindah: “Ozzy Forever”
HIBURAN
"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...
BERITA
Pondan Didenda RM4,900 Dorong Perbuatan Maksiat Melalui WeChat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Filem 'Dongeng Sang Kancil' Mampu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa - Anwar

Ernalisa
Ernalisa
05/01/2025
14:30 MYT
Sponsor Banner
Filem 'Dongeng Sang Kancil' Mampu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les' Copaque bertajuk 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

BERITA BERKAITAN: "Saya Sebak Sebenarnya ..." - Dinda Dania Belum Terfikir Sambung Pengajian, Mahu Fokus Bidang Lakonan

BERITA BERKAITAN: Dongeng Sang Kancil Guna Teknologi Baru, Idam Bolot Jutaan Ringgit? | GMW Highlights

Sambil merakamkan ucapan syabas, Anwar turut memuji filem animasi watak popular cerita rakyat itu yang disifatkan beliau sebagai sebuah karya membanggakan negara.

"Pastinya, filem ini menghidupkan semula elemen nostalgia kanak-kanak yang teruja melihat kebijaksanaan Sang Kancil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul selain menyatukan haiwan-haiwan lain di dunia rimba mereka.

"Syabas di atas filem animasi yang membanggakan negara ini, dan saya percaya, produk seni tempatan akan mampu terus bersaing di peringkat antarabangsa, insya-Allah," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sambil berkongsi beberapa keping gambar, Anwar berkata beliau menonton filem itu bersama keluarga serta pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Cochrane, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan San Peng, SK (Perempuan) Jalan Batu di sini dan anak yatim dari SK Semenyih, Selangor.
'Dongeng Sang Kancil' merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D serta kesan khas 2D yang mula ditayangkan di seluruh negara pada 26 Dis lepas dan berjaya mencatat kutipan RM1.5 juta pada hari pertama tayangan.
Filem berdurasi 90 minit itu mengisahkan pengembaraan seekor kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh 'bayang hitam'.
Topic Berkaitan
#Antarabangsa
#di
#Kancil
#Sang
#Bersaing
#Dongeng
#mampou
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement