Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Filem The Garden of Evening Mists Ditayang di Festival Filem Asia Osaka 2020

ZULHILMI JALIL 05/02/2020 | 10:15 MYT
Filem The Garden of Evening Mists bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Osaka 2020 pada Mac nanti.
Sekali gus, naskhah tempatan yang diterbitkan Astro Shaw dan HBO Asia itu akan menemui penonton di Jepun buat pertama kali.
Lebih menarik, menurut laman web rasmi Festival Filem Asia Osaka 2020, filem yang mendapat sentuhan arahan sutradara Taiwan, Tom Shu-Yu Lin itu dipilih sebagai naskhah pembuka tirai bagi penganjurannya pada tahun ini.
Filem tersebut akan ditayangkan pada 6 Mac depan di Umeda Burg 7, Osaka, Jepun.
Sebelum ini, filem yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 itu sudah ditayangkan di beberapa negara antaranya, Singapura, Brunei, Taiwan dan Hong Kong.
BACA: The Garden of Evening Mists Menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse ke-56
Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan pemenang Man Asian Literary Prize 2012, Tan Twan Eng itu mengisahkan kehidupan di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam
Karya tersebut menampilkan gandingan pelakon tempatan, Sinje Lee dan aktor Jepun, Hiroshi Abe sebagai teraju utama.
Filem yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia itu sedang ditayangkan di negara ini sejak 16 Januari lalu.
Jadi, bagi anda yang belum menyaksikan The Garden of Evening Mists, jangan lupa tonton di pawagam berhampiran anda.
#Filem #Filem #The Garden of Evening Mists
;