,
Hiburan

Filem The Garden of Evening Mists Raih 9 Pencalonan di Festival Filem Golden Horse Taipei ke-56

Kamaruddin Razal
01/10/2019
13:13 MYT
Filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan HBO Asia dengan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama CJ Entertainment meraih sembilan pencalonan di Festival Filem Golden Horse Taipei ke-56 yang bakal diadakan di Taipei, Taiwan pada Sabtu, 23 November ini.
Merupakan karya adaptasi novel judul sama nukilan penulis tempatan Tan Twan Eng, TGOEM meraih pencalonan dalam kategori Ciri Naratid Terbaik (Astro Shaw Sdn. Bhd.,HBO Asia), Pengarah Terbaik (Tom Shu-yu LIN), Pelakon Wanita Terbaik (Sinje LEE), Adaptasi 'Screenplay' Terbaik (Richard SMITH), Sinematografi Terbaik (Kartik VIJAY), Pengarahan Seni Terbaik (Penny Pei-ling TSAI, LUM Heng-soon, CHEN Hsuan-shao), Solekan & Penataan Busana Terbaik (Nikki GOOLEY, Biby CHOW, Penny Pei-ling TSAI, Nina EDWARDS), Skor Filem Asal Terbaik (Onn SAN), dan Suntingan Filem Terbaik (SOO Mun-thye).
Festival Filem Golden Horse Taipei ke-56 merupakan festival filem paling berprestij di dunia perfileman berbahasa Cina dan telah bermula pada tahun 1962.
Hasil adaptasi daripada novel yang disenarai pendek untuk anugerah 2012 Man Booker Prize dan memenangi 2013 Man Asian Literacy Prize dan 2013 Walter Scott Prize, filem adaptasi ini menyaksikan penyatuan kumpulan produksi antarabangsa yang merangkumi Taiwan, Jepun, Malaysia, Singapura, India, Australia dan UK berkerjasama dalam penghasilan novel yang bakal diraikan di layar perak.
Pengeluaran global ini diterajui oleh pengarah Taiwan yang memenangi pelbagai anugerah, Tom Shu-Yu Lin dan diadaptasikan oleh penulis skrip daripada pemenang Scottsish BAFTA, Richard Smith. Filem ini mengetengahkan pelakon-pelakon antarabangsa seperti Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After the Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl with the Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).
Filem ini menceritakan kisah Teoh Yun Ling (lakonan Sinje Lee), yang terjejas dari kekejaman Perang Dunia II di Tanah Melayu, mencari kebebasan di sekitar kawasan bukit-bukit Cameron Highlands. Ketika di sana, dalam usahanya untuk membina sebuah taman bagi menunjukkan penghormatan kepada adik perempuannya, dia telah memulakan hubungan percintaan yang dilarang bersama seorang tukang kebun bernama Nakamura Aritomo (lakonan Hiroshi Abe).
Selain meraih pencalonan di Festival Filem Golden Horse Taipei ke-56, TGOEM juga telah dipilih sebagai 'Closing Film’ di festival terbabit.
TGOEM juga bakal membuat tayangan dunia di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-24 (BIFF) dalam kategori 'A Window on Asian Cinema' pada Oktober 2019 dan ditayangkan di Festival Filem Hong Kong Asian sebagai 'Gala Presentation' pada 14 sehingga 16 November 2019.
TGOEM dijangka membuat tayangan perdana di pawagan sekitar Malaysia bermula Januari 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#FFM31: Filem The Garden Of Evening Mists Berjaya Rangkul Tiga Anugerah

gempak
11/12/2021
03:52 MYT
Tahniah kepada semua pemenang.
Laman Utama

Filem The Garden Of Evening Mists Akan Ditayangkan Di Jepun Julai Ini

gempak
23/06/2021
06:02 MYT
Filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia dengan sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan dengan Kerjasama dari CJ Entertainment, The Garden of Evening Mists (TGOEM) bakal ditayangkan di Shibuya Euro Space, Jepun bermula 24 Julai.
Hiburan

The Garden of Evening Mists Rangkul Trofi Filem Cereka Terbaik Grand Awards di Asian Academy Creative Awards

gempak
03/12/2020
13:01 MYT
Tahniah
Laman Utama

The Garden Of Evening Mists & Pusaka Berjaya Disenarai Pendek Dalam Asian Academy Creative Awards

gempak
15/10/2020
13:47 MYT
Berita

The Garden of Evening Mists Dah Boleh Tonton Di Astro First, Jom Kita Layan!

gempak
03/03/2020
08:48 MYT