Laman Utama

Filem Harum Malam Berjaya ‘Buka Mata’ Nadiya Nisaa - “Walaupun Saya Takut, Pengalaman Menjayakan…”

Asyikin Mayudin
29/12/2022
05:55 MYT
Pelakon Nadiya Nisaa berkata pembabitannya dalam Harum Malam berjaya membuka mata dan memahami sesebuah naskhah filem seram dengan lebih baik.
Menurut Nadiya, dia mendapat keyakinan untuk berlakon dalam filem seram daripada pengarah Dain Said biarpun mengakui seorang penakut.
“Walaupun saya takut, pengalaman menjayakan Harum Malam membuka mata saya mengenai pembikinan filem seram. Ia tidaklah seram seperti yang kita bayangkan.
“Saya juga mula memahami mengenai kehidupan di alam lain. Pemahaman itulah yang saya dapat untuk saya yakin berhadapan dengan mereka dalam filem ini.
“Dan keyakinan itu juga yang ditekankan oleh Dain sehingga saya berjaya mengatasi perasaan takut saya. Bukan kepada saya saja, malah Dain memberi keyakinan kepaada setiap pelakonnya untuk menjiwai watak mereka.
“Bila kita sudah dapat membawa watak itu, pada hujungnya, dia berterima kasih dan secara tak langsung kita dapat merasakan sumbangan kita. Itu cara bagaimana saya mendapat keyakinan menjayakan watak Dina,” katanya kepada Gempak.
Tambah Nadiya, seni dan jalan cerita yang diketengahkan menerusi Harum Malam ini juga antara suatu perkara yang perlu dipandang tinggi.
“Apa yang saya suka mengenai filem arahan Dain ini adalah seni yang ditonjolkan. Ia bukanlah filem yang sekadar mahu menakutkan orang. Ia adalah suatu bentuk seni,” katanya.
Filem Harum Malam bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari depan.
Filem terbitan Apparat dan kerjasama dengan D'Ayu Pictures dan Skop Productions ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Drama Liar Semakin ‘Intense’, Penonton Mula Lepas Geram Dengan Watak Dr Aiman - “Ada Tease Orang Mati Kat Sungai, Aku Harap…”

gempak
03/05/2023
14:55 MYT
Marah betul penonton dengan Dr Aiman.
Laman Utama

"Arwah Meninggal Dalam Senyum, Lepas Kebumi Hujan Pun Turun" - Nadiya Nisaa

gempak
25/04/2023
02:55 MYT
Al-Fatihah.
Terkini

Naskhah Adaptasi Antarabangsa, Drama Liar Penuh ‘Plot Twist’ & Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk

gempak
16/03/2023
04:30 MYT
Confirm best!
Laman Utama

Michelle Yeoh Tercalon Oscar, Ini Reaksi Bront Palarae; “Tiada Apa Nak Dibanggakan, Sebab Dia Bukan…”

gempak
05/02/2023
14:00 MYT
Pandangan Bront
Laman Utama

“Saya Rasa Macam Dia Salah Pilih Orang…” - Remy Ishak

gempak
30/01/2023
07:55 MYT
Mesti best!