"Filem Ini 10/10!...Saya Sampai Menangis" - Penonton Sifatkan The Garden of Evening Mists Karya Tempatan Yang 'Underrated'

ZULHILMI JALIL
Januari 27, 2020 04:51 MYT
Memasuki minggu kedua tayangan, filem The Garden of Evening Mists terus mendapat respons yang cukup positif dalam kalangan penonton yang sudah menyaksikannya.
Bahkan, ramai yang menyifatkan bahawa karya yang diadaptasi daripada novel tulisan pemenang Man Asian Literary Prize 2012, Tan Twan Eng itu merupakan sebuah filem yang cukup hebat.
Bukan itu sahaja, mereka turut beranggapan bahawa filem tersebut sepatutnya diberikan perhatian lebih memandangkan ia sebuah filem tempatan bertaraf antarabangsa.
“Filem ini 10/10!! The Garden of Evening Mists, pada pandangan saya, filem ini 'underrated' di Malaysia.
"Walaupun ceritanya agak sedikit perlahan, tetapi maksud dan jalan ceritanya menakjubkan. Saya sampai menangis walaupun ketika itu saya menonton dalam keadaan mengantuk.
"Filem ini sudah menerima beberapa anugerah. Korang pergilah tonton nanti!," tulis pemilik akaun @heztrisa di Twitter.

THIS MOVIE IS 10/10!! The garden of evening mists ? This movie is underated in msia from my pov, although the story was quite slow but the meaning, the storyline is uh-mazing ✨I cried ? eventhough i was super sleepy ? they already received several awards! Go watch it guys pic.twitter.com/AGRGboXHHK

— war of hearts (@heztrisa) January 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bahkan, karya tersebut juga dikatakan cukup dekat dengan rakyat dengan negara ini memandangkan ia memaparkan latar masa sewaktu zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
"Seronok tau filem The Garden of Evening Mists dah lah berkait dengan sejarah, dan Hiroshi Abe kacak ok! Sedih aku, di penghujung ceritanyak, sebak-sebak lah. Cinta," tulis @keemmazni.

Best tau movie The Garden of Evening Mists dah lah relate dengan history and Hiroshi Abe handsome okkk! Sedih aku sebak2 ending dia. Cintaaa

— Cik Puan Keem (@keemmazni) January 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem The Garden of Evening Mists memaparkan kisah wanita bernama Yun Ling yang hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Bagaimanapun, ketika cuba membina taman Jepun demi mendiang adiknya, dia terjebak dengan perhubungan cinta terlarang.
BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam
Menariknya, filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 itu menjalani penggambaran sepenuhnya di negara ini.
BACA: 5 Lokasi Menarik Di Malaysia Yang Dipaparkan Dalam Filem The Garden of Evening Mists
Jadi, tunggu apa lagi, jangan lupa saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda hari ini!
#Filem #Filem #The Garden of Evening Mists