Jaguh squash negara Datuk Nicol David berkongsi emosi dan begitu terkesan apabila menonton filem sekumpulan atlet cacat penglihatan kebangsaan, Eye On The Ball.

Menurut Nicol, dia turut merasa sebak apabila melihat kepayahan skuad Harimau Buta dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kejuaraan mereka

“Saya paling beremosi apabila melihat mereka terpaksa bergelut dengan kecederaan selepas mengetahui latar belakang dan kedudukan pemain-pemain ini.

“Filem ini telah membuka mata saya untuk memahami cabaran-cabaran menjadi pemain bola sepak cacat penglihatan negara tapi mereka masih menyerlahkan kehebatan mereka dan menjadi satu kebanggaan pada Malaysia.

“Mereka semua adalah bukti kepada slogan Malaysia Boleh,” jelasnya menerusi satu video yang dikongsi oleh R.AGE.



Dokumentari EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.

Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.