Pada yang telah menonton filem PASKAL The Movie, pastinya menantikan 'buah tangan' terbaru sutradara Adrian Teh.

Kini filem Wira telah pun ditayangkan kepada orang ramai dan seperti dijangka ramai penonton dan netizen memuji filem berkenaan.

Tidak membandingkan antara kedua-dua karya tersebut, rata-rata penonton berpuas hati dengan aksi pertarungan yang menjadi elemen utama Wira.

"Saya dah tonton Wira semalam, saya bagi 8/10. PASKAL padu tapi Wira pun padu juga.

"Bangga bila ada orang Malaysia boleh buat filem sebaik itu," kata pengguna Twitter dikenali sebagai Melly.

Selain netizen, filem Wira juga nampak gayanya telah mendapat perhatian pelakon Eyra Hazali.

Menerusi satu posting di Twitternya, Eyra menjelaskan filem Wira sepatutnya dibawa ke peringkat antarabangsa.

"Filem Wira should go International," katanya.
Sementara itu pada yang belum menonton Wira, anda boleh la ke pawagam sekarang kerana filem itu sedang 'hangat' ditayangkan.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.