Filem Joker Dikelaskan Sebagai ‘R-Rated’, Untuk Tontonan 18 Tahun Ke Atas Sahaja

Azwa Rahman
Ogos 25, 2019 05:46 MYT
Karya terbaru DC Comics, Joker telah dikelaskan sebagai ‘R-Rated’ oleh Persatuan Wayang Gambar Amerika Syarikat.
Filem ini dikatakan mengandungi unsur ‘dewasa’ dan tidak sesuai ditonton oleh penonton yang berusia 18 tahun ke bawah.

‘Joker’ is officially rated R, for strong bloody violence, disturbing behavior, language and brief sexual images. #TheJoker #joker pic.twitter.com/xN3MWbD1vr

— Inside the Backlot ? (@InsideBacklot) August 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengarahnya Todd Philips pernah mengumumkan karya Joker arahannya mengandungi unsur-unsur keganasan, bahasa kurang sopan, imej seksual yang tidak keterlaluan serta kelakuan menganggu.
Malah, dia turut memberitahu filem Joker kali ini tidak seperti kebiasaannya.
Joaquin Pheonix tampil sebagai Joker, filem ini turut membariskan pelakon hebat yang lain seperti Robert De Niro, Zazie Beetz dan Mark Maro.
Joker mengisahkan kisah hidup Arthur Fleck (Joaquin Pheonix) yang kemudiannya menjadi salah seorang penjahat terhebat DC Comics, Joker.
Joker akan berada di pawagam pada 4 Oktober 2019.
#Filem #Filem #DC Comics #Joker