Sebuah filem yang sedang trending di Indonesia, Ku Kira Kau Rumah bakal memasuki pawagam Malaysia pada 24 Februari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, pihak TGV berkongsi berita baik tersebut untuk semua tatapan semua peminat filem di Malaysia.

Filem bergenre drama romantik yang diarahkan oleh Umay Shahab ini dilakonkan oleh Prilly Latuconsina, Jourdy Pranata, Shenina Cinnamon, Raim Loade, Raya Adena Syah dan ramai lagi.

Ku Kira Kau Rumah mengangkat kisah kesihatan mental yang diadaptasi sebuah lagu dengan berjudul yang sama hasil nyanyian Amigdala.

Filem ini mengisahkan seorang gadis bernama Niskala yang mengidap penyakit bipolar dan berdepan pelbagai masalah kehidupan. Dia bertemu dengan seorang pemuda bernama Pram yang kesepian sejak ayahnya meninggal dan ibunya sibuk bekerja.

Sementara itu di laman Twitter, ramai wargamaya sudah tidak sabar untuk menonton filem yang meruntun jiwa ini di pawagam.

Terdahulu, filem ini mendapat reviu yang cukup bagus daripada wargamaya Indonesia yang rata-ratanya bersedih selepas menontonnya.
@theonly_chu #kukirakaurumah ♬ Kukira Kau Rumah - Amigdala
@boboholokal Reply to @boboholokal Gw jarang ngerate film indo (bahkan korea setinggi ini) tapi gw jatuh cinta bgt sama film ini! #tiktoktainment #kukirakaurumah ♬ Kukira Kau Rumah - Amigdala

“Nak tengok dengan gf tapi gf tak ada. Habis tu nak tengok dengan siapa. Alahai sendunya lah hidup saya ni haha,” ujar seorang wargamaya.

should i bring spare mask incase mask basah ngan air mata,” kata seorang wargamaya.

“Minmin please make sure keluar semua TGV please janganlah KL/Selangor je,” luah seorang wargamaya.

“Minmin kenapa lambat nauuu, nanti kang PKP acane?” tanya seorang wargamaya.

Thankyou minmin!!! Dah boleh standby tisu ni,” kata seorang wargamaya.

Finally after few fake news on tiktok weeeee! Thank you min!” tulis seorang wargamaya lagi.