Filem Leftenan Adnan Sambut Ulang Tahun Ke-20, Aziz M. Osman Mahu Naik Taraf Versi HD!

Azwa Rahman
Disember 24, 2019 09:39 MYT
Pengarah terkenal Aziz M. Osman mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan idea untuk menaik taraf filem arahannya iaitu Leftenan Adnan ke dalam versi definisi tinggi (HD).
Menerusi laman sosial Twitter, Aziz berkongsi perkara itu menerusi satu kicauan. Lebih istimewa apabila filem patriotik itu turut menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun 2020.
“Tahun 2020 adalah ulangtahun filem Leftenan Adnan yang ke-20. Siapa setuju saya naik taraf filem ini ke Ultra HD untuk penonton sekarang?” tulis Aziz menerusi kicauannya.
Filem Leftenan Adnan merupakan filem biopik yang diadaptasi daripada kisah benar Leftenan Adnan Saidi yang terjadi semasa Perang Dunia Kedua.
Filem ini membariskan pelakon hebat tanahair seperti Hairie Othman, Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi.
Cadangan Aziz tersebut nampaknya disambut baik oleh wargamaya yang rata-ratanya bersetuju penaik taraf filem ini kepada versi HD.

YES PLEASE!!!! Inspired by filem ni untuk saya dan teman2 sekampung main perang2 senapang peluru buah ceri! Siap berlindung dalam longkang mcm trench warfare, terima kasih untuk sebuah karya yg menyentuh jiwa :')

— Zulfadhli Zakaria (@Zulfadhli_paly) December 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hairie Othman!!! ? Seronok tengok Hairie Othman dan Rusdi Ramli buat penampilan khas dalam Polis Evo 2. Smooth je diaorang berlakon macam tak hafal skrip, beza dengan pelakon zaman sekarang.

— Syezzy (@syezzy_k) December 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terima kasih abang Aziz kerana menghargai jasa dan pengorbanan seorang anggota yg terkorban demi negara, agama dan bangsanya. Mewakilinya warga ATM puteri ucapkan terima kasih.. Ikhlas Puteri.

— Puteri Noor Aini @puteri (@aini_nope) December 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dah boleh buat HD tuan.... Sangat2 di nantikan.. Terpikir gak Kenapa Let Adnan x macam Bukit Kepong yg dah HD.... Terima Kaseh sekali lagi

— Hairudin Mustapa (@efrandzaniel99) December 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Please upgrade! Sbb even baru baru ni pon sy layan film ni secara digital, sbb DVD yg dlu beli original da tak boleh pasang sbb dah takde DVD player ???

— izzat khalil (@izzatkhalil) December 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada juga wargamaya yang mengucapkan penghargaan kepada Aziz kerana mengangkat jasa perwira negara ke layar perak untuk dikenang oleh semua rakyat Malaysia.
Kicauan Aziz itu sehingga kini telah menerima hampir 7,000 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.
#Filem #Malaysia #Filem #Perwira