Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Filem Mat Kilau Muncul ‘Top 5’ Carta Netflix Israel, ‘Top 10’ Di Netflix Nigeria!

Azwa Rahman
25/09/2022 04:22 MYT

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof sudah mula ditayangkan di platform penstriman Netflix pada 16 September lalu bersempena Hari Malaysia.

Namun apa yang menarik perhatian, filem lakonan Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan ramai lagi itu tersenarai di dalam carta top 5 di Israel. 

Senarai tersebut diperolehi berdasarkan FlixPatrol selepas 7 hari ditayangkan.

Menurut carta tersebut, Do Revenge mendahului carta, diikuti Venom : Let There Be Carnage, dan I Used to Be Famous di kedudukan ketiga.

Filem Mat Kilau berada di tempat keempat, diikuti No Limit dan Love in the Villa.

Selain itu, filem ini juga tersenarai dalam top 10 paling popular di Netflix di beberapa negara lain seperti Nigeria, Singapura dan Romania.

Sebelum ditayangkan di Netflix, Mat Kilau muncul sebagai filem tempatan paling berjaya dengan meraih kutipan menghampiri angka RM 100 juta.

Kutipan luar biasa itu juga mengatasi kutipan filem-filem Hollywood yang ditayangkan di Malaysia, antaranya beberapa siri filem Marvel.

#Syamsul Yusof #Mat Kilau #Netflix Indonesia #Netflix Nigeria