Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Filem Mencari Ramlee Ke Festival Filem Rotterdam 2025

Khairil Khusyairi
25/10/2024 03:50 MYT
Filem Mencari Ramlee mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada Februari 2025.

13 Filem Tersenarai

Menerusi hantaran di Facebook, penganjur memaklumkan senarai 13 filem yang mendapat tayangan perdananya di festival berprestij itu.

“Kami tidak boleh lebih teruja untuk mengumumkan tajuk pertama untuk IFFR 2025! 13 filem ini, yang dipaparkan dalam program Bright Future and Harbor, masing-masing akan ditayangkan di IFFR,” kongsinya.

Turut tersenarai adalah filem 1 Girl Infinite, Invisible Flame, Camp d'été, Your Touch Makes Others Invisible, The Night Is Dark and Brighter than the Day dan banyak lagi.

Pengarah Syukur, Bangga

Dalam pada itu, pengarah Megat Sharizal Mohamed Yusoff, meluahkan rasa syukur dan bangga apabila filem arahannya itu terpilih.

“Alhamdulillah. Aku bangga untuk mengumumkan bahawa filem Mencari Ramlee bakal mendapat Tayangan Perdananya di Festival Filem Rotterdam pada bulan February nanti. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” tulisnya.

Filem Mencari Ramlee dijayakan Datin Sofia Jane, Tony Eusoff dan Mimi Lana dengan penampilan khas Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.

Mencari Ramlee adalah naskhah berkisar era kejatuhan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970-an yang disampaikan secara fiksyen.

#Filem #Mencari Ramlee #Festival Filem Rotterdam #Megat Sharizal
;