Berita
Filem Mulut Masin Kaya Dengan Pantun, Penonton Puji...Memang Unik!
Budaya berpantun sering digunakan dalam komunikasi harian dalam kehidupan orang Melayu satu masa dahulu.
Ia menjadi pilihan orang-orang lama dalam menyampaikan nasihat, gurauan, serta sindirin.
Bagaimanapun, pada hari ini, mungkin budaya berpantun itu hanya digunakan dalam acara atau majlis tertentu sahaja.
Begitupun, pendekatan berbeza digunakan dalam penceritaan filem Mulut Masin apabila mengangkat semula budaya berpantun dalam kehidupan seharian.
Secara tidak langsung, naskhah terbitan Astro Shaw ini memartabatkan budaya berpantun yang mungkin sudah jarang digunakan dalam kalangan generasi masa kini.
Bahkan, ia turut menerima respons positif dalam kalangan penonto yang memuji penggunaan pantun dalam naskhah tersebut.
"Wah, saya sukalah pantun. Sesiapa yang belum tengok Mulut Masin, pergilah tengok, best!
"Pantun klasik..sedap pantun orang dulu-dulu, sedap suara Jay berpantun," komen sebahagian netizen.
Ini antara babak yang menggunakan pantun dalam filem Mulut Masin:
Mulut Masin menampilkan pelakon Jay Nazif, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As'ad Motawh.
Naskhah ini menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat neneknya.
Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.
Jadi, bagi anda yang belum menontonnya jangan lupa saksikan filem Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First menerusi saluran 480 hari ini.
Setiap langganan hanya serendah RM15, anda berpeluang menonton berulang kali dalam tempoh 48 jam.