Laman Utama
Filem Penunggang Agama 2 Raih Kutipan RM1 Juta Dalam Masa 7 Hari!
Filem seram islamik Penunggang Agama 2 telah mencapai kutipan sebanyak RM1 juta dalam masa seminggu tayangannya di Astro First.
Jika dibandingkan filem pertama dengan Penunggang Agama 2, sekual kali ini lebih terang dan bersuluh dalam menghuraikan definisi ‘penunggang agama.’
Filem sekuel ini masih mengekal teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna.
Turut diperkenalkan watak baru Father Michael, seorang paderi yang digerakkan oleh pelakon hebat Tony Eusoff.
Menjalani sesi penggambaran di Cameron Highlands, filem ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Salina Saibi (Huda), Johan As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh (Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).
Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.
Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.
Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.
Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.
Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.