Filem Seram Indonesia, Qodrat Bakal Menghantui Pawagam Di Malaysia!
Syafiqah Jalal
21/11/2022 09:37 MYT
21/11/2022 09:37 MYT
Filem seram Indonesia, Qodrat bakal menghantui penonton di seluruh pawagam di Malaysia bermula 24 November ini.
Filem aksi seram keagamaan Indonesia yang diarahkan oleh Charles Gozali itu telah pun berjaya menggegarkan negera sebarang berkenaan sejak 27 Oktober lalu.
Kini giliran Malaysia menyaksikan sebuah naskah hebat yang dibintangi oleh pelakon ternama Indonesia seperti Randy Pangalila, Vino G. Bastian dan Marsha Timothy.
Filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd., Magma Films & Rapi Studios. Ini mengisahkan tentang Qodrat seorang ulama yang kampungnya masih belum bebas daripada ancaman syaitan.
Salah seorang anak penduduk bernama Jihan dirasuk oleh kejahatan syaitan. Syaitan yang sebenarnya mengejar Qodrat dan mengatakan bahawa akan ada lagi yang lebih jahat dan lebih kuat makhluk yang akan menghancurkan manusia.
Apa yang syaitan mahukan sebenarnya? Bolehkah Qodrat membebaskan orang kampungnya dari ancaman syaitan laknat? Saksikan Qodrat di pawagam bermula 24 November ini!