Tahun 2022 telah pun membuka tirainya dan ketika ini pasti ramai yang menunggu kemunculan filem-filem baru.

Berita baik, Astro kini membawakan bukan hanya satu tetapi tiga filem seram yang bakal ‘menghantui’ waktu malam anda.

Bukan hanya filem tempatan, variasi filem ini juga bakal menampilkan karya daripada Thailand dan Korea.

Berikut antara filem yang sedang dan bakal ditayangkan!

#1 The Medium (Thailand)

Filem ala dokumentari ini telah mencetuskan fenomena apabila dikatakan terlalu seram!

Menampilkan kisah seorang wanita yang dirasuk mengikut adat kepercayaan penduduk di Thailand, filem juga merupakan hasil kerjasama antara negara dan Korea.

Selain penuh dengan babak seram, filem ini juga sarat dengan plot twist yang tidak dijangka.

Antara filem yang wajib ditonton tahun ini!

#2 The Cursed: Dead Man's Prey (Korea)

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang memiliki kemampuan untuk membangkitkan seseorang daripada kematian.

Antara bintang Korea yang menjayakan filem ini termasuklah Um Ji Won, Jung Ji So Go Gyu Pil, Kwon Hae Hyo, Oh Yun A, Kwon Kim In dan Lee Seol.

Filem ini juga mempunyai kelainan tersendiri dan bakal membuatkan 'adrenaline rush' anda mencanak naik.

#3 Hantu Kuat Ketawa (Ditayangkan pada 27 Januari)

Filem ini mengisahkan sekumpulan ‘scammer’ yang dikenali sebagai 'engkau scam' amat dikehendaki pihak berkuasa.

Mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah hutan.

Menariknya, dalam tempoh persembunyian mereka, mereka sering diganggu oleh entiti misteri dan suara ketawa yang tidak henti-henti sehinggakan mereka sendiri seakan-akan dirasuk oleh hantu ketawa.

Akibatnya, mereka akan ketawa tanpa henti tanpa sebab. Menarik bukan?

Jadi apa tunggu lagi, sewa pada bila-bila masa di Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store menerusi Ultrabox dan aplikasi Astro GO.

Maklumat lanjut di https://content.astro.com.my/astro-first.