Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Filem Thor: Love And Thunder Takkan Tayang Di Malaysia!

Amri Hassan
28/07/2022 07:25 MYT
Golden Screen Cinemas mengumumkan tidak akan menayangkan filem sensasi Marvel, Thor: Love And Thunder di Malaysia.

"Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda," maklum GSC menerusi akaun media sosial mereka.



Filem Thor: Love And Thunder sepatutnya dijadualkan tayangan di Malaysia pada 7 Julai 2022 namun pada 1 Julai lalu filem itu ditangguhkan tayangan ke 21 Julai.

Pada 13 Julai lalu, GSC memaklumkan filem itu ditunda sekali lagi tanpa makluman punca penangguhan itu.

Filem tersebut merupakan sekuel kepada Thor, Thor: The Dark World, Thor: Ragnarok dan menjadi filem ke-29 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Terdahulu, filem Disney, Lightyear turut dikeluarkan daripada tayangan di Malaysia pada Jun lalu.

#Viral #Hollywood #Filem #Pawagam #GSC #Thor #Thor: Love and Thunder